Citation
Mohd Zainal, Zaabar
(1999)
Perkaitan antara komitmen organisasi dengan iklim organisasi.
[Project Paper Report]
Abstract
Tenaga kerja yang cekap dan mencukupi sangat penting bagi sesebuah
organisasi pengeluaran. Bagi syarikat Sri Rampaian, Pengkalan Cepa, Kelantan
yang majoriti pekerjanya terdiri daripada operator pengeluaran, pihak
pengurusan perlu mewujudkan iklim organisasi yang kondusif supaya para
operator mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi.
Kajian ini bertujuan menentukan tahap komitmen dan iklim organisasi
berasaskan pandangan operator pengeluaran serta mengkaji perkaitan keduadua
pembolehubah ini. Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk: (i)
meninjau profil operator pengeluaran kilang Sri Rampaian (ii) mengukur tahap
iklim organisasi berasaskan pandangan operator pengeluaran terhadap kilang Sri
Rampaian (iii) membandingkan tahap dimensi iklim organisasi berasaskan pandangan operator pengeluaran terhadap kilang Sri Rampaian. (iv) menentukan
tahap komitmen organisasi operator pengeluaran (v) mengkaji perkaitan antara
komitmen organisasi dengan dimensi-dimensi iklim organisasi
Responden terdiri daripada 175 operator pengeluaran yang dipilih melalui
kaedah persampelan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan soal selidik
berstruktur sebagai peralatan kajian.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |