Citation
Lee, Ai Choo
(1999)
Perbandingan Parameter Prestasi Antara Pemain Ping Pong Lelaki dengan Wanita Pasukan Negara dan Pasukan Remaja Negara.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan parameter
prestasi antara pemain ping pong lelaki dengan wanita bagi pasukan
negara dan pasukan remaja negara. Seramai 12 pemain ping pong lelaki
dan wanita pasukan negara dan 12 pemain ping pong lelaki dan wanita
pasukan remaja negara dipilih sebagai subjek kajian dengan menggunakan
persampelan rawak berlapis dan berkelompok. Subjek terdiri daripada
enam lelaki (umur purata = 23.33 ± 5.43 tahun) dan enam wanita
(umur purata = 15.83 ± 1.47 tahun) dari pasukan negara serta
enam lelaki (umur purata = 14.67 ± 1.21 tahun) dan enam wanita
(umur purata = 14.17 ± 1.47 tahun) dari pasukan remaja negara. Pra ujian dan pasca ujian dilaksanakan dalam tempoh masa dua
bulan ke atas enam parameter prestasi pemain ping pong lelaki dengan
wanita pasukan negara dan pasukan remaja negara. Keenam-enam
parameter prestasi yang diuji adalah kelajuan (Ujian Pecut 30m), masa
reaksi (Ujian Masa Reaksi Seluruh Badan Ransangan Audio dan Visual
serta Ujian Masa Reaksi Tangan Nelson), dayatahan kardiovaskular
(Ujian Menapak Harvard), kekuatan cekak tangan (Ujian Dinamometer
Tangan), ketangkasan (Ujian Quadran) dan dayatahan otot (Ujian Burpee).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |