Citation
Zainuddin, Zainal Abidin
(1999)
Pengaruh Anthropometri Tubuh Badan Keatas Prestasi Aerobik dan Anaerobik Serta Kekerapan Kecederaan Fizikal Terhadap Pemain Bolasepak Liga Perdana Johor dan Liga Simpanan Negeri Johor.
[Project Paper Report]
Abstract
Bentuk badan seseorang atlet adalah salah satu aspek yang dipercayai turut menyumbang
kepada kecemerlangan atlet dalam sukan yang diceburi. Kajian lampau juga ada
mengaitkan bentuk badan tertentu dengan risiko kecederaan. Oleh sebab itu aspek anthropometrik tubuh badan wajar menjadi satu kriteria pemilihan pemain untuk sesuatu
pasukan yang dijalankan olehjurulatih. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini masih
samar dan belum pemah dijalankan di negara ini.
Sehubungan dengan itu penyelidik telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian
agar mendapat gambaran yang lebih tepat lagi mengenai pengaruh anthropometrik
terhadap prestasi aerobik dan anaerobik dan kekerapan kecederaan fizikal. Dapatan
kajian telah diperolehi melalui kajian soal selidik dan tiga (3) jenis ujian iaitu ujian
pengukuran bentuk badan, ujian kuasa anaerobik dan ujian kuasa aerobik. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara bentuk badan dengan prestasi
aerobik dengan nilai t = -3.089. P <=0.05 dan perbezaan yang sangat signifikan antara
bentuk badan dengan kekerapan cedera F =: 40.326, p<0.05. Perbandingan antara 3 bentuk tubuh badan mendapati bentuk badan mesomorf adalah
yang paling sesuai untuk bersaing dalam sukan diikuti oleh ektomorf dan endomorf Dari
aspek kekerapan kecederaan pula, bentuk badan ektomorf paling kerap cedera diikuti
oleh bentuk badan endomorf dan mesomorf.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Anthropometry - Johor |
Subject: |
Aerobic exercises - Evaluation - Johor |
Subject: |
Anaerobiosis - Evaluation - Johor |
Call Number: |
FPP 1999 8 |
Chairman Supervisor: |
Tuan Sheikh Kamaruddin Bin Sheikh Ahmad |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
07 Jan 2011 02:20 |
Last Modified: |
18 Oct 2012 07:58 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9115 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |