UPM Institutional Repository

UPM-MPSJ perluas kerjasama dalam bidang perhutanan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM-MPSJ perluas kerjasama dalam bidang perhutanan. [UPM News]

Abstract

SUBANG JAYA, 5 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) menggerakkan Matlamat Ketiga Pelan Strategik UPM 2011-2013 (memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu) dengan menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam bidang perhutanan. Naib Canselor UPM, Dato’ Dr. Ir. Radin Umar Radin Sohadi berkata jalinan kerjasama antara UPM dan MPSJ itu menekankan aspek penyelidikan, pendidikan, perundingan dan perkhidmatan dalam bidang perhutanan mengikut peranan dan kepentingan organisasi masing-masing. “Selain pengajaran dan penyelidikan, pengembangan atau extension merupakan salah satu matlamat utama UPM. Menjadi hasrat UPM agar segala kepakaran dan kemahiran serta keupayaan sumber manusia di UPM disebarkan bukan sahaja untuk pembangunan universiti tetapi juga untuk kemajuan rakyat dan negara,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Tai Shzee Yew di sini. MoU ditandatangani oleh Prof. Dr. Tai bagi pihak UPM manakala MPSJ diwakili oleh Yang Dipertuanya, Datuk Adnan Md. Ikhsan dengan disaksikan oleh Dekan Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Madya Dr. Awang Noor Abd. Ghani dan Ahli Majlis MPSJ, Sufari Tinnin. Dato’ Dr. Ir. Radin Umar berkata, kerjasama itu juga membabitkan latihan industri pelajar UPM ke MPSJ, program pembangunan bioenergi, perancangan pembangunan taman rekreasi di tasik (bekas lombong), program penilaian pokok bandar dan sambutan hari perhutanan dunia. Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya bersedia untuk melaksanakan beberapa program hasil perjanjian usahasama antaranya perbandaran lestari, green building, kawalan denggi, pembangunan persekitaran dan perkongsian data maklumat kontraktor. Beliau berharap, kerjasama kedua-dua pihak itu dapat memberi faedah bersama terutamanya bagi memastikan kelestarian persekitaran terus diperkasa untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat seperti yang disaran oleh kerajaan. “MPSJ akan memastikan usahasama ini terlaksana agar dapat mengekalkan perbandaran ini sebagai sebuah bandar bestari, kota niaga dan kediaman idaman,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM-MPSJ.pdf

Download (94kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 06 Jan 2011 07:00
Last Modified: 27 May 2013 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9112
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item