UPM Institutional Repository

Perbandingan Keberkesanan Program Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Daerah Klang Negeri Selangor


Citation

Hoe, Foo Terng (1999) Perbandingan Keberkesanan Program Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Daerah Klang Negeri Selangor. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan program Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan lelaki dan sekolah menengah kebangsaan Perempuan di Daerah Klang, Negeri Selangor. Keberkesanan program Pendidikan Jasmani dinilai dari lapan aspek, iaitu: pencapaian matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani, pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani, faktor pentadbir, sokongan ibu bapa, keberkesanan guru Pendidikan Jasmani, keberkesanan aktiviti kelas Pendidikan Jasmani. keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani serta kemudahan fizikal dan alatan Pendidikan Jasmani. Responden terdiri daripada 200 orang pelajar Tingkatan Empat dan 40 orang guru Pendidikan Jasmani dari empat buah sekolah menengah kebangsaan lelaki dan empat buah sekolah menengah kebangsaan perempuan di daerah Klang, Negeri Selangor. Amara lapan aspek keberkesanan program Pendidikan Jasmani, sekolah-sekolah lelaki dan sekolah-sekolah perempuan di daerah Klang didapati mencapai tahap berkesan dalam enam aspek, iaitu pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani, faktor pentadbir, keberkesanan guru Pendidikan Jasmani, keberkesanan aktiviti kelas Pendidikan Jasmani, keherkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani serta kemudahan fizikal dan alatan Pendidikan Jasmani. Berkenaan dengan aspek pencapaian matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani, sekolah-sekolah lelaki didapati mencapai tahap sangat berkesan. Sekolah-sekolah perempuan pula mendapati sokongan ibu bapa terhadap keberkesanan program Pendidikan Jasmani adalah pada tahap kurang berkesan. Sekolah-sekolah lelaki dikatakan Iebih berkesan daripada sekolah-sekolah perempuan pada aspek-aspek pencapaian matlamat dan objektif kurilmlum Pendidikan Jasmani, pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani, faktor pentadbir dan sokongan ibll bapa terbadap program Pendidikan Jasmani. Sekolah-sekolah perempuan adalah lebih berkesan pada aspek-aspek keberkesanan guru Pendidikan Jasmani, keberkesanan aktiviti kelas Pendidikan Jasmani, keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani serta kemudahan fizikal dan alatan Pendidikan Jasmani berbanding dengan sekolah-sekolah lelaki. Daripada kajian, didapati keberkesanan program Pendidikan Jasmani di sekolah menengah kebangsaan lelaki dan sekolah menengah kebangsaan perempuan adalah pada tahap berkesan (Min = 213.5 - 284.5). Sesungguhpun tahap keberkesanan kedua-dua jenis sekolah ini adalah sama tetapi bandingan min menunjukkan bahawa keherkesanan program Pendidikan Jasmani di sekolah menengah kebangsaan lelaki (Min=267.79) adalah lebih tinggi berbanding dengan sekolah menengah kebangsaan perempuan (Min=265.76) secara keseluruhan. Kajian menunjukkan bahawa faktor jantina merupakan faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan program Pendidikan Jasmani.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_5_A.pdf

Download (7MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Educational evaluation - Klang
Subject: Physical education and training - Klang
Subject: Effective teaching - Klang
Call Number: FPP 1999 5
Chairman Supervisor: Tuan Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, PJK.
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 06 Jan 2011 06:40
Last Modified: 19 Dec 2012 02:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9110
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item