Citation
Hoe, Foo Terng
(1999)
Perbandingan Keberkesanan Program Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Daerah Klang Negeri Selangor.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan program Pendidikan
Jasmani yang dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan lelaki dan sekolah
menengah kebangsaan Perempuan di Daerah Klang, Negeri Selangor. Keberkesanan
program Pendidikan Jasmani dinilai dari lapan aspek, iaitu: pencapaian matlamat dan
objektif kurikulum Pendidikan Jasmani, pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani,
faktor pentadbir, sokongan ibu bapa, keberkesanan guru Pendidikan Jasmani,
keberkesanan aktiviti kelas Pendidikan Jasmani. keberkesanan pelaksanaan sukatan
pelajaran Pendidikan Jasmani serta kemudahan fizikal dan alatan Pendidikan Jasmani.
Responden terdiri daripada 200 orang pelajar Tingkatan Empat dan 40 orang
guru Pendidikan Jasmani dari empat buah sekolah menengah kebangsaan lelaki dan
empat buah sekolah menengah kebangsaan perempuan di daerah Klang, Negeri
Selangor. Amara lapan aspek keberkesanan program Pendidikan Jasmani, sekolah-sekolah
lelaki dan sekolah-sekolah perempuan di daerah Klang didapati mencapai
tahap berkesan dalam enam aspek, iaitu pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani, faktor pentadbir, keberkesanan guru Pendidikan Jasmani, keberkesanan aktiviti kelas
Pendidikan Jasmani, keherkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani
serta kemudahan fizikal dan alatan Pendidikan Jasmani. Berkenaan dengan aspek
pencapaian matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani, sekolah-sekolah
lelaki didapati mencapai tahap sangat berkesan. Sekolah-sekolah perempuan pula
mendapati sokongan ibu bapa terhadap keberkesanan program Pendidikan Jasmani adalah pada tahap kurang berkesan. Sekolah-sekolah lelaki dikatakan Iebih
berkesan daripada sekolah-sekolah perempuan pada aspek-aspek pencapaian matlamat
dan objektif kurilmlum Pendidikan Jasmani, pelaksanaan kurikulum Pendidikan
Jasmani, faktor pentadbir dan sokongan ibll bapa terbadap program Pendidikan
Jasmani. Sekolah-sekolah perempuan adalah lebih berkesan pada aspek-aspek
keberkesanan guru Pendidikan Jasmani, keberkesanan aktiviti kelas Pendidikan
Jasmani, keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani serta
kemudahan fizikal dan alatan Pendidikan Jasmani berbanding dengan sekolah-sekolah
lelaki. Daripada kajian, didapati keberkesanan program Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah kebangsaan lelaki dan sekolah menengah kebangsaan perempuan adalah pada
tahap berkesan (Min = 213.5 - 284.5). Sesungguhpun tahap keberkesanan kedua-dua
jenis sekolah ini adalah sama tetapi bandingan min menunjukkan bahawa keherkesanan
program Pendidikan Jasmani di sekolah menengah kebangsaan lelaki (Min=267.79)
adalah lebih tinggi berbanding dengan sekolah menengah kebangsaan perempuan
(Min=265.76) secara keseluruhan. Kajian menunjukkan bahawa faktor jantina
merupakan faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan program Pendidikan Jasmani.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Educational evaluation - Klang |
Subject: |
Physical education and training - Klang |
Subject: |
Effective teaching - Klang |
Call Number: |
FPP 1999 5 |
Chairman Supervisor: |
Tuan Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, PJK. |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
06 Jan 2011 06:40 |
Last Modified: |
19 Dec 2012 02:44 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9110 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |