UPM Institutional Repository

Keupayaan Persepsi Pergerakan Manusia


Citation

Saadan, Rosli (1999) Keupayaan Persepsi Pergerakan Manusia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Projek ini mengemukakan satu kajian perbandingan mempersepsi pergerakan jenis-jenis pukulan antara peserta berkemahiran dan novis dalam permainan badminton. Perbandingan tersebut bertujuan menyelidik keupayaan persepsi pergerakan kompleks berdasarkan maklumat-maklumat visual daripada permainan badminton yang telah dimanipulasi mengikut keperluan eksperimen. Tujuan-tujuan lain ialah menguji sejauh mana pemain berkemahiran mengatasi pemain novis mengekstrek maklumat persepsi awal serta menyelidik tahap kuantiti maklumat yang perlu bagi membolehkan peserta kajian membuat persepsi pergerakan dengan tepat. Peserta kajian ini berjumlah 28 orang di mana 14 orang mewakili kumpulan berkemahiran dan 14 yang selebihnya mewakili kumpulan novis. Peserta dikehendaki menentukan jenis pukulan sama ada pukulan smesy atau pukulan drop berdasarkan tiga jenis rangsangan visual: lengkap, rangka dan kinematik. Peserta dikehendaki meramal jenis pukulan berdasarkan aksi visual yang ditonton pada layar televisyen. Peserta perIu menandakan pilihan mereka untuk setiap percubaan pada kad respon yang disediakan. Skor adalah berdasarkan persepsi yang dibuat di mana sekiranya ramalan yang dibuat adalah betul, peserta diberikan 0 markah manakala ramalan salah diberikan 1 markah. Keseluruhan skor dikira berdasarkan peratus ralat mempersepsikan jenis pukulan. Analisis yang dijalankan adalah analisis selang keyakinan, analisis varian [(ANOVA) 2 x 3 Genis visual x rangka masa)] dan perbandingan a priori.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_4_A.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Counseling - Malaysia
Call Number: FPP 1999 4
Chairman Supervisor: Mohd Khairi bin Zawi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 06 Jan 2011 06:38
Last Modified: 06 Jan 2011 06:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9109
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item