UPM Institutional Repository

Permasalahan di Kalangan Mualaf dan Khidmat Sokongan oleh Perkim Negeri Perak


Citation

Abdul Shukor, Nor Fadzila (1999) Permasalahan di Kalangan Mualaf dan Khidmat Sokongan oleh Perkim Negeri Perak. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini dijalankan di PERKIM Bahagian Negeri Perak, dijalankan adalah untuk melihat permasalahan yang dihadapi oleh para mualaf, disamping mengetahui khidmat sokongan yang berkaitan dengan mereka. Seramai 60 orang mualaf telah dipilih untuk menjadi responden kajian ini. Kajian yang digunakan berbentuk deskriptif. Data-data dikumpulkan melalui wawancara berpandukan soal selidik semi struktur yang mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan dengan faktor individu, keluarga, masyarakat dan khidmat sokongan di kalangan mualaf. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor individu, keluarga sendiri dan keluarga pasangan, dan masyarakat memberi kesan kepada sebilangan para mualaf. Di samping itu, sokongan, dorongan dan khidmat sokongan yang pelbagai amat besar ertinya bagi mereka untuk melaksanakan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya dalam kehidupan. Kesimpulannya, para mualaf amat memerlukan sokongan dan khidmat sokongan yang seterusnya daripada PERKIM, dan masyarakat Islam untuk menjadi muslim sejati.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_1_A.pdf

Download (888kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Muslim converts - Perak - Malaysia
Call Number: FPP 1999 1
Chairman Supervisor: Dr. Mizan Adiliah bt Ahmad Ibrahim
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 06 Jan 2011 06:27
Last Modified: 28 Jul 2011 03:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9107
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item