Citation
Abdul Shukor, Nor Fadzila
(1999)
Permasalahan di Kalangan Mualaf dan Khidmat Sokongan oleh Perkim Negeri Perak.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini dijalankan di PERKIM Bahagian Negeri Perak, dijalankan adalah untuk melihat permasalahan yang dihadapi oleh para mualaf, disamping mengetahui khidmat sokongan yang berkaitan dengan mereka.
Seramai 60 orang mualaf telah dipilih untuk menjadi responden kajian ini.
Kajian yang digunakan berbentuk deskriptif. Data-data dikumpulkan melalui
wawancara berpandukan soal selidik semi struktur yang mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan dengan faktor individu, keluarga, masyarakat dan khidmat sokongan di
kalangan mualaf.
Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor individu, keluarga sendiri dan keluarga
pasangan, dan masyarakat memberi kesan kepada sebilangan para mualaf. Di samping
itu, sokongan, dorongan dan khidmat sokongan yang pelbagai amat besar ertinya bagi
mereka untuk melaksanakan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya dalam kehidupan.
Kesimpulannya, para mualaf amat memerlukan sokongan dan khidmat sokongan
yang seterusnya daripada PERKIM, dan masyarakat Islam untuk menjadi muslim sejati.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |