UPM Institutional Repository

AUG ke 15: Atlet UPM Sumbang 23 Emas, Daripada 37 Emas Negara


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) AUG ke 15: Atlet UPM Sumbang 23 Emas, Daripada 37 Emas Negara. [UPM News]

Abstract

CHIANGMAI, 2 Jan – Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi penyumbang pingat terbanyak pada Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) ke-15, di Chiangmai, Thailand dengan memperoleh 23 emas, 14 perak dan 15 gangsa daripada 115 jumlah keseluruhan pingat yang dikutip oleh kontinjen negara. Acara renang menjadi penyumbang pingat emas utama buat UPM apabila membolot sembilan emas yang dihadiahkan Chui Lai Kwan (50 meter gaya bebas, 50 meter kuak lentang, 100 meter kuak lentang, 4x100 meter relay, 4x200 meter relay, 4x100 medley relay) dan Kevin Yeap Soon Choy (400 meter gaya bebas, 800 meter gaya bebas, 1500 meter gaya bebas). Acara olahraga pula menyumbang enam pingat emas melalui Ganthimathi Kumarasamy, 800 meter (m), Mohd. Jironi Riduan (800 meter dan 1500 meter), Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Siti Zabaidah Adabi, Nurul Sarah Kadir (4x100 meter lari berganti), Adi Alifuddin Husin (lontar peluru), Roslinda Samsu (lompat galah). Tenpin bowling, turut cemerlang dengan menghadiahkan lima emas sumbangan oleh Muhammad Syafiq Ridhwan Ab. Malek (tenpin bowling double, tenpin bowling master dan tenpin bowling team trios) dan Tengku Emanina Laily Tengku Zahari (tenpin bowling double dan tenpin bowling master). Bagi acara karate do, tiga emas diraih oleh Kunasilan Lakanathan (kumite 55 kg, kumite berpasukan) dan Jayaseelan Jayakumar (kumite 84 kg, kumite berpasukan). 14 pingat perak disumbangkan melalui acara olahraga (1500 meter, 5000 meter, lempar cakera, lompat tinggi), badminton (berpasukan wanita), renang (100m gaya bebas, 4x100 meter relay, 4x200 meter relay, 4x100 medley relay), taekwando (fin weight), tenpin bowling (single, individu, wanita) dan bola tampar dewan (wanita). 15 gangsa pula disumbang melalui acara olahraga (100 meter, 800 meter, 4x40 meter lari berganti, lompat galah), badminton (berpasukan lelaki, perseorangan lelaki), bola keranjang (wanita), karate do (kumite 67kg, kumite 50kg, kumite berpasukan) taekwando (bantam weight), renang (200 meter gaya bebas), tenpin bowling (team trios) dan bola tampar dewan (lelaki). Malaysia melalui Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menghantar seramai 227 atlet dari seluruh institusi pengajian tinggi ke kejohanan AUG yang berlangsung pada 15 hingga 23 Disember lalu. 41 daripadanya merupakan atlet daripada UPM. Kontinjen Malaysia menduduki tempat ketiga dengan memperoleh 37 emas, 35 perak dan 43 gangsa berada di belakang Indonesia yang memperoleh 46 emas, 51 perak dan 50 gangsa. Tuan rumah Thailand mengungguli kejohanan dengan meraih 54 emas, 59 gangsa dan 48 gangsa.


Download File

[img]
Preview
PDF
AUG_ke_15.pdf

Download (113kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 06 Jan 2011 04:56
Last Modified: 27 May 2013 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9104
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item