Citation
Omar, Nik Hairi
(1998)
Penyertaan penduduk Bandar Baru Bangi dalam pendidikan dan latihan.
[Project Paper Report]
Abstract
Pembangunan sumber manusia adalah suatu bidang yang luas dan tidak
terfokus semata-mata kepada aspek pembangunan diri di sektor organisasi kerja.
Teras dalam bidang pembangunan sumber manusia seharusnya juga ditakrif
menurut konteks pembangunan personal, kerjaya dan masyarakat, iaitu meliputi
bidang pembangunan di dalam dan di luar organisasi kerja secara sekaligus.
Penulisan dan penyelidikan yang memperteguhkan dimensi pembangunan manusia
dalam konteks sebegini didapati agak terabai dan terpisah. Justeru itu, tujuan
penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti penyertaan responden dalam
pendidikan dan latihan berdasarkan konteks pembangunan personal, kerjaya dan
masyarakat. Penyelidikan ini juga bertujuan mengenalpasti sebab penyertaan,
penganjur aktiviti, kekerapan dan perbezaan penyertaan di kalangan responden
dalam aktiviti pendidikan dan latihan tersebut. Data kajian diperolehi daripada 96 responden yang disampel secara
sistematik daripada 972 populasi. Kajian ini menggunakan kaedah taburan frekuansi
bagi semua angkubah berkait penyertaan di samping ujian-t dan ANOVA bagi
menentukan perbezaan signifikan yang wujud antara faktor sosio demografi tertentu
dengan kekerapan penyertaan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Community development, Urban - Selangor - Bandar Baru Bangi |
Subject: |
Community development - Selangor - Bandar Baru Bangi |
Call Number: |
FPP 1998 89 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Dr. Mazanah Muhamad |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
06 Jan 2011 03:18 |
Last Modified: |
25 Mar 2024 00:55 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9094 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |