Citation
Mohd Puad, Nurlina
(2019)
Kefahaman terhadap tanggungjawab profesion perguruan dan pengamalan nilai-nilai Islam dalam kalangan pendidik muslim di sekolah rendah di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Guru merupakan satu ejen yang penting kepada keberkesanan pendidikan sekaligus
pemangkin kepada pembangunan tamadun manusia, masyarakat dan negara. Guru
yang berkualiti bakal melahirkan insan yang berkualiti. Oleh itu, kajian ini adalah
bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pendidik Muslim terhadap
tanggungjawab profesion perguruan dan pengamalan nilai-nilai Islam dalam
pengajaran sekolah rendah di Daerah Hulu Langat, Malaysia. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif dengan pengedaran borang soal selidik kepada 334
pendidik muslim di lima buah sekolah rendah yang dipilih di Daerah Hulu Langat.
Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 20.0) telah digunakan
untuk menganalisis data yang diperolehi. Dalam kajian ini didapati bahawa tahap
kefahaman pendidik muslim dari aspek pengetahuan dalam menjalankan tugas
hakiki adalah tinggi dan baik di mana pendidik itu sendiri memahami akan
tanggungjawab yang di beri serta melaksanakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Manakala dari aspek pengamalan nilai-nilai Islam menunjukkan
bahawa pendidik muslim mengamalkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan hasil analisis adalah tinggi iaitu 95.8%. Analisis terperinci
terhadap hubungan antara kefahaman berkenaan tanggungjawab profesion perguruan
dan juga pengamalan nilai-nilai Islam menunjukkan bahawa terdapat hubungan
diantara kedua-dua pemboleh ubah ini. Hasil analisis ANOVA juga telah
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara pengalaman bekerja dengan
pengamalan nilai-nilai Islam dalam PdP. Dapatan menarik ini menunjukkan bahawa
pendidik muslim yang mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap
tanggungjawab profesion perguruan sekaligus akan mengamalkan nilai-nilai Islam
yang tinggi dalam PdP. Ini kerana dalam tanggungjawab profesion perguruan juga
telah menggariskan nilai-nilai Islam sebagai panduan dan amalan para pendidik
berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM) dalam melahirkan guru yang berkualiti serta berakhlak mulia. Kesimpulan, pendidik muslim haruslah memainkan
peranan yang penting dalam profesion perguruan agar setiap ilmu yang diturunkan
dan akhlak baik yang dipamerkan menjadi satu simbol seorang pendidik muslim
yang sejati.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Teacher effectiveness |
Subject: |
Teaching - Religious aspects - Islam |
Call Number: |
FEM 2020 11 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Mohd Daud B. Awang, PhD |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Keywords: |
Pendidik, Profesión perguruan, Nilai-nilai Islam |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
07 Oct 2021 03:24 |
Last Modified: |
07 Oct 2021 03:24 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90897 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |