UPM Institutional Repository

Pemikiran Kassim Ahmad mengenai Islam


Citation

Mohd Ali, Izwan (2019) Pemikiran Kassim Ahmad mengenai Islam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kassim Ahmad telah dikenal pasti sebagai individu yang menolak hadis sebagai sumber hukum. Banyak fatwa yang telah diwartakan tentang pemikiran sesat beliau. Kajian-kajian lepas turut mengklasifikasikan beliau sebagai anti hadis. Namun begitu, kebanyakan kajian lepas tentang beliau hanya menumpukan kepada persoalan hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas al-Quran dan menggunakan kaedah analisis kandungan sahaja. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pemikiran beliau mengenai Islam dengan menumpukan kepada kaedah tafsir, hujah-hujah penolakan hadis dan pandangan beliau berhubung perkara-perkara ghaibiyyat. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, penyelidik telah menemu bual informan secara bersemuka dengan menggunakan kaedah temu bual semistruktur. Dapatan kajian menghasilkan tiga tema utama iaitu 1) Metodologi tafsir al-Quran Kassim Ahmad, 2) Pandangan Kassim Ahmad berkenaan autoriti hadis, dan 3) Pemahaman Kassim Ahmad berkenaan perkara-perkara ghaibiyyat. Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa pemikiran beliau bertentangan dengan ajaran Islam kerana menolak autoriti hadis sebagai sumber rujukan kedua dalam Islam termasuk penggunaannya dalam penafsiran al-Quran dan penjelasan tentang perkara-perkara ghaibiyyat.


Download File

[img] Text
FEM 2020 6 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Hadith - Criticism, interpretation, etc
Subject: Fatwas
Call Number: FEM 2020 6
Chairman Supervisor: Amini Amir Bin Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 04 Oct 2021 07:26
Last Modified: 04 Oct 2021 07:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90889
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item