Citation
Mohd Ali, Izwan
(2019)
Pemikiran Kassim Ahmad mengenai Islam.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kassim Ahmad telah dikenal pasti sebagai individu yang menolak hadis
sebagai sumber hukum. Banyak fatwa yang telah diwartakan tentang
pemikiran sesat beliau. Kajian-kajian lepas turut mengklasifikasikan beliau
sebagai anti hadis. Namun begitu, kebanyakan kajian lepas tentang beliau
hanya menumpukan kepada persoalan hadis sebagai sumber rujukan kedua
selepas al-Quran dan menggunakan kaedah analisis kandungan sahaja. Oleh
itu, penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pemikiran beliau
mengenai Islam dengan menumpukan kepada kaedah tafsir, hujah-hujah
penolakan hadis dan pandangan beliau berhubung perkara-perkara ghaibiyyat.
Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, penyelidik telah menemu bual
informan secara bersemuka dengan menggunakan kaedah temu bual semistruktur.
Dapatan kajian menghasilkan tiga tema utama iaitu 1) Metodologi
tafsir al-Quran Kassim Ahmad, 2) Pandangan Kassim Ahmad berkenaan
autoriti hadis, dan 3) Pemahaman Kassim Ahmad berkenaan perkara-perkara
ghaibiyyat. Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa pemikiran
beliau bertentangan dengan ajaran Islam kerana menolak autoriti hadis
sebagai sumber rujukan kedua dalam Islam termasuk penggunaannya dalam
penafsiran al-Quran dan penjelasan tentang perkara-perkara ghaibiyyat.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |