Simple Search:

Motif Utama dan Motivasi Guru Terhadap Program Pengajian di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh Universiti Putra Malaysia


Citation

Mat Junoh, Adanan (1998) Motif Utama dan Motivasi Guru Terhadap Program Pengajian di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh Universiti Putra Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Pertambahan bilangan guru yang melanjutkan pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi pada pengakhiran abad ke-20 merupakan satu fenomena yang positif kearah menyediakan tenaga pendidik di sekolah yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi menghadapi cabaran pendidikan dan mempertingkatkan mutu pendidikan di negara ini. Objektif umum kajian adalah untuk mengenalpasti motif utama guru melanjutkan pelajaran melalui program pendidikan jarak jauh dan menentukan tahap motivasi guru terhadap program pengajian. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan kedudukan motif utama dan tahap motivasi di kalangan guru yang mempunyai ciri sosio demografi yang berbeza. Kajian ini bermula dengan proses temuduga secara terperinci bagi menyediakan instrumen. Proses ini diikuti oleh pembinaan dan perlaksanaan praujian instrumen tersebut. Daripada populasi sejumlah 3839 orang guru, banya 360 orang guru dari empat pusat pembelajaran IDEAL di Semenanjung Malaysia terlibat dalam pengumpuIan data. Daripada sampel itu, 272 borang soal selidik yang lengkap telah digunakan dalam analisis bagi kajian ini. Kajian dapat mengenalpasti tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran seperti berikut: (1) pembangunan profesional, (2) minat kognitif, (3) kebajikan sosial, (4) madamat peribadi, (5) aktiviti pembelajaran, (6) jangkaan luaran dan (7) perhubungan sosial.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_85_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Universiti Putra Malaysia.
Subject: Employee motivation - Malaysia.
Subject: Distance education - Malaysia.
Call Number: FPP 1998 85
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Mazanah Muhamad
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 06 Jan 2011 02:45
Last Modified: 05 Jun 2012 06:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9086
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item