Citation
Mat Junoh, Adanan
(1998)
Motif Utama dan Motivasi Guru Terhadap Program Pengajian di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh Universiti Putra Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Pertambahan bilangan guru yang melanjutkan pelajaran di pusat-pusat
pengajian tinggi pada pengakhiran abad ke-20 merupakan satu fenomena yang
positif kearah menyediakan tenaga pendidik di sekolah yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi menghadapi cabaran pendidikan dan
mempertingkatkan mutu pendidikan di negara ini.
Objektif umum kajian adalah untuk mengenalpasti motif utama guru
melanjutkan pelajaran melalui program pendidikan jarak jauh dan menentukan tahap
motivasi guru terhadap program pengajian. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan
untuk mengenalpasti perbezaan kedudukan motif utama dan tahap motivasi di
kalangan guru yang mempunyai ciri sosio demografi yang berbeza.
Kajian ini bermula dengan proses temuduga secara terperinci bagi
menyediakan instrumen. Proses ini diikuti oleh pembinaan dan perlaksanaan
praujian instrumen tersebut. Daripada populasi sejumlah 3839 orang guru, banya 360 orang guru dari empat
pusat pembelajaran IDEAL di Semenanjung Malaysia terlibat dalam pengumpuIan
data. Daripada sampel itu, 272 borang soal selidik yang lengkap telah digunakan
dalam analisis bagi kajian ini.
Kajian dapat mengenalpasti tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran
seperti berikut: (1) pembangunan profesional, (2) minat kognitif, (3) kebajikan
sosial, (4) madamat peribadi, (5) aktiviti pembelajaran, (6) jangkaan luaran dan (7)
perhubungan sosial.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Universiti Putra Malaysia. |
Subject: |
Employee motivation - Malaysia. |
Subject: |
Distance education - Malaysia. |
Call Number: |
FPP 1998 85 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Dr. Mazanah Muhamad |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
06 Jan 2011 02:45 |
Last Modified: |
05 Jun 2012 06:50 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9086 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |