UPM Institutional Repository

Kesan komposisi dan mikrostruktur terhadap impedans dan kehilangan tenaga penumpas EMI Ferit MgZn dan NiZn


Citation

Hari, Zolman (2000) Kesan komposisi dan mikrostruktur terhadap impedans dan kehilangan tenaga penumpas EMI Ferit MgZn dan NiZn. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penumpas gelombang EMI telah menjadi satu peranti yang sangat penting pada masa kini dan akan datang kerana tanpanya teknologi elektronik frekuensi tinggi sukar direalisasikan dengan sempuma. Kesan perubahan komposisi dan milcrostruktur adalah menjadi tulang belakang dalam menghasilkan penumpas EMI yang sesuai dengan penggunaan semasa. Dengan demikian projek ini bertujuan untuk melihat bagaimana komposisi dan mikrostruktur Ferit NiZn dan Ferit MgZn mempengaruhi ciri penumpas EMI terutamanya dari segi frekuensi resonans, magnitud impedans dan faktor kehilangan relatif. Kajian yang lebih mendalam telah dilakukan terhadap faktor kehilangan relatif dengan memisahkannya kepada tiga bahagian iaitu kehilangan histeresis, kehilangan arus pusar dan kehilangan intrinsik. Seterusnya faktor kehilangan relatif difokuskan hanya kepada kajian kesan kehilangan tenaga aruS pusar terhadap penyerapan gelombang EMI.Penyediaan bahan dilakukan dengan kaedah oksida yang melibatkan pensinteran lazim seramik. Sampel-sampel Siri A dan Siri B telah disediakan dengan penambahan ion Mn2+ dan pengurangan ion Ni2+. Sampel Siri C disediakan dengan peningkatan ion Mg2+ dan pengurangan ion Cu2+. Sampel Siri D disediakan dengan penambahan ion Ni2+ dan Zn2+ serta pengurangan ion Cu2+. Dengan demikian penyediaan Siri A, Siri B, Siri C dan Siri D bertujuan untuk melihat kesan perubahan komposisi terhadap sifat magnet. Bagi Siri E hanya penambahan ion Fe3+ sahaja dilakukan yang bertujuan untuk mengkaji kesan arus pusar terhadap penyerapan gelombang EMI. Pencirian bahan melibatkan tiga bahagian pengukuran yang penting iaitu parameter mikrostruktur, sifat elektrik dan sifat magnet. Keputusan kajian mendapati kedudukan frekuensi resonans boleh dikawal dengan perubahan komposisi dan mikrostruktur. Pemisahan ketiga-tiga jenis kehilangan tenaga berjaya dilakukan dan didapati kehilangan histeresis berlaku pada frekuensi rendah dan kemudian diikuti oleh kehilangan arus pusar seterusnya kehilangan intrinsik berlaku pada frekuensi tinggi. Kehilangan histeresis dan arus pusar setiap satunya dipengaruhi oleh daya paksa dan kerintangan elektrik. Faktor utama yang mempengaruhi kehilangan intrinsik sukar ditentukan dan kajian lanjutan perlu dilakukan. Akhimya didapati arus pusar yang banyak akan menyukarkan penyerapan gelombang EMI yang maksimum.


Download File

[img] Text
FSAS_2000_17 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Ferrites (Magnetic materials) - Composition - Microstructure
Call Number: FSAS 2000 17
Chairman Supervisor: Professor Madya Mansor bin Hashim, PhD
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Date Deposited: 06 Jan 2011 02:35
Last Modified: 19 Mar 2024 01:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9080
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item