UPM Institutional Repository

Persepsi Jurulatih dan Guru Sukan Terhadap Aspek Keselamatan dalam Program Sukan


Citation

Ang, Kean Koo (1998) Persepsi Jurulatih dan Guru Sukan Terhadap Aspek Keselamatan dalam Program Sukan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap persepsi di kalangan jurulatih dan guru sukan dalam program sukan terhadap keselamatan yang berdasarkan ciri demografi seperti jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman. Subjek kajian terdiri daripada 45 orang jurulatih dan guru sukan sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Metodologi kajian berasaskan soal selidik berskala Likert (ex: = .8304) dan data-data yang diterima daripada responden dianalisis dengan menggunakan pengaturcaraan "Pakej Statistik untuk Sains Sosial" (SPSS/PC). Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan jurulatih dan guru sukan mempunyai tahap persepsi yang tinggi. Mereka juga tidak mempunyai perbezaan yang signifikan (p < .05) pada tahap persepsi terhadap aspek keselamatan. Namun, jurulatih dan guru sukan lepasan program PJ dan yang berpengalaman mempunyai tahap persepsi lebih tinggi dalam semua aspek keselamatan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap persepsi amat penting dalam mengelakkan kemalangan atau kecederaan pada atlet dan pelajar yang terlibat dalam program dan aktiviti sukan di sekolah.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_80_A.pdf

Download (544kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Sports personnel
Subject: Sports - Safety measures
Subject: Coaches (Athletics)
Call Number: FPP 1998 80
Chairman Supervisor: Sheikh Kamaruddin Bin Sheikh Ahmad
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 06 Jan 2011 02:12
Last Modified: 06 Jan 2011 02:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9078
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item