UPM Institutional Repository

Hubungan antara motivasi intrinsik, penglibatan ibu bapa dan kompetensi pensyarah dengan kemahiran kebolehpasaran pelajar seni kulinari kolej vokasional


Citation

Mohamed, Hanis (2020) Hubungan antara motivasi intrinsik, penglibatan ibu bapa dan kompetensi pensyarah dengan kemahiran kebolehpasaran pelajar seni kulinari kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemahiran kebolehpasaran merupakan kemahiran yang menjadi pilihan majikan di industri selain daripada kemahiran teknikal yang dimiliki graduan di sesebuah institusi pendidikan awam mahupun swasta. Industri hospitaliti tidak terkecuali daripada menerima rungutan majikan yang kurang berpuashati dengan pemerolehan kemahiran kebolehpasaran graduan seni kulinari. Graduan seni kulinari dikatakan mempunyai jumlah kompetensi kemahiran kebolehpasaran yang rendah. Masalah majikan mendapatkan tenaga kerja yang berkemahiran kebolehpasaran sering kali dikaitkan dengan isu pengangguran yang berlaku secara global. Sehubungan itu, kajian berbentuk korelasi ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran kebolehpasaran pelajar semester akhir program diploma vokasional Malaysia (DVM) Seni Kulinari Kolej Vokasional yang akan menjalani On Job Training dan memasuki dunia pekerjaan sebenar. Selain itu, kajian juga ingin melihat tahap motivasi intrinsik pelajar, penglibatan ibu bapa dan kompetensi pensyarah daripada persepsi pelajar dan hubungannya dengan kemahiran kebolehpasaran. Kajian ini dijalankan di 16 buah kolej vokasional yang menawarkan program seni kulinari dan melibatkan seramai 222 orang pelajar tahun akhir Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Sampel kajian dipilih secara rawak strata berkadaran dan rawak mudah. Instrumen kajian mengandungi lima bahagian iaitu: a) demografi pelajar b) motivasi intrinsik c) penglibatan ibu bapa d) kompetensi pensyarah dan e) elemen kemahiran kebolehpasaran. Kajian korelasi ini menggunakan borang soal selidik berskala Likert manakala data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social sciences (SPSS 25.0 for windows) untuk melihat kekerapan, peratusan, min, korelasi pearson dan regrasi. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran kebolehpasaran pelajar berada pada tahap yang sederhana. Wujudnya hubungan yang positif antara motivasi intrinsik, penglibatan ibu bapa dan kompetensi pensyarah dengan kemahiran kebolehpasaran. Semua pemboleh ubah dalam kajian ini juga merupakan peramal signifikan kepada tahap kemahiran kebolehpasaran di mana kompetensi pensyarah merupakan peramal terbesar. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran sebenar tahap penguasaan kemahiran kebolehpasaran pelajar program seni kulinari kolej vokasional dan dijadikan rujukan kepada Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal & Vokasional dalam usaha merangka kurikulum yang terbaik untuk pelajar-pelajar kolej vokasional. Pelajar kolej vokasional perlu didedahkan dengan kemahiran kebolehpasaran yang sangat dititikberatkan oleh majikan dalam pemilihan pekerja untuk memastikan graduan kolej vokasional mudah diterima bekerja dan mampu mengekalkan pekerjaan dalam tempoh yang lama. Pensyarah berperanan untuk mengintegrasikan kemahiran kebolehpasaran dalam proses pembelajaran secara efisien.


Download File

[img] Text
FPP 2020 22 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Vocational education - Malaysia
Subject: Employability - Malaysia
Subject: Students - Employment - Malaysia
Call Number: FPP 2020 22
Chairman Supervisor: Mohd Hazwan Mohd Puad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 15 Sep 2021 12:47
Last Modified: 15 Sep 2021 12:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90739
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item