Citation
Hussin, Abd Razak
(1998)
Perancangan kerjaya di kalangan pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian tetah melihat usaha perancangan pemimpin-pemimpin pelajar-pelajar
UKM mempersiapkan diri untuk memasuki alam kerjaya selepas
mereka menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Kajian ini turut
mengambil kira senario kegawatan ekonomi yang sedang dialami oleh negara
pada masa ini. Secara khususnya pula kajian telah meninjau idealisme
mereka terhadap kepentingan kerjaya dalam kehidupan, perancangan dan
proses pencapaian cita-cita kerjaya dan meneliti tanggapan mereka mengenai
kegawatan ekonomi dan peluang-peluang kerjaya untuk mereka. Di samping
itu, kajian juga telah meneliti proses membuat keputusan kerjaya yang
diamalkan dan mendapatkan maklum balas pelajar terhadap peranan
universiti dalam membina ketrampilan pelajar.
Informan bagi kajian ini seramai lapan belas orang iaitu enam orang
pelajar Melayu, tiga orang pel ajar Cina, dan sembilan orang
pegawai/pensyarah UKM. Kesemua orang pelajar itu merupakan pemimpin-pemimpin
pelajar yang berada di tahun akhir pengajian mereka. Pendekatan
penyelidikan yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dan temubual
separa berstruktur bagi tujuan mengumpulkan data. Selain itu, panduan temu
bual dan pita rakaman mikro juga digunakan. Data yang tetah dikumpul
ditranskrip dan seterusnya diproses mengi kut kategori dengan menggunakan
perisian TDC II . Kerja-kerja penganalisisan data dilakukan secara serentak ketika kerja-kerja pengumpulannya berlangsung.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Vocational guidance - Malaysia |
Subject: |
Universities and colleges - Vocational guidance - Malaysia |
Call Number: |
FPP 1998 77 |
Chairman Supervisor: |
Y. M. Dr. Raja Ahmad Tajuddin Shah Bin Raja Abdul Rashid |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
05 Jan 2011 04:04 |
Last Modified: |
19 Mar 2024 00:55 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9073 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |