UPM Institutional Repository

Perbezaan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah


Citation

Owing, Ji Seng (2020) Perbezaan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pendekatan didik hibur ialah satu pendekatan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah secara santai dan seronok. Pengajaran guru akan menjadi lebih mesra murid supaya dapat menerima pengajaran guru tanpa berasa tertekan. Untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat maka satu kajian telah dijalankan. Sampel rawak berlapis bernisbah digunakan untuk memilih 327 orang responden yang terdiri daripada guru sekolah rendah di daerah Hulu Langat. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru adalah tinggi terhadap pendekatan didik hibur (min = 4.00, SP = 0.34) manakala sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah positif (min = 3.55, SP = 0.41). Aspek tingkah laku guru berada pada tahap yang positif (min = 3.80, SP = 0.48) namun begitu, aspek afektif dan kognitif berada pada tahap sederhana dengan masing-masing dengan min = 3.64, SP = 0.50 dan min = 3.23 SP = 0.48. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan jenis sekolah [F(2, 326) = 5.906, P = .003 < .05] dan antara sikap guru dengan jenis sekolah [F(2, 326) = 3.648, P = .027 < .05]. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur antara guru beropsyen Bahasa Melayu (Min = 4.00, SP = .34) dengan guru yang tidak mempunyai opsyen Bahasa Melayu (Min = 4.02, SP = 0.34; t(259) = -.657, p = .512 > .05) dan antara guru beropsyen Bahasa Melayu (Min = 3.56, SP = 0.40) dengan guru yang tidak mempunyai opsyen Bahasa Melayu (Min = 3.55, SP = 0.43; [t(245) = -.196, p = .844 > .05) serta juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan terhadap pendekatan didik hibur dengan pengalaman guru mengajar [F(2, 326) = .995, P = .371 > .05] dan antara sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dengan pengalaman guru mengajar [F(2, 326) = .242, P = .785 > .05]. Secara kesimpulannya, pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat yang menggunakan pendekatan didik hibur dapat menarik minat dan rasa seronok murid untuk terus belajar mata pelajaran Bahasa Melayu seiring dengan arus pendidikan abad ke-21 ini kerana guru memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang positif terhadap pengajaran masing-masing.


Download File

[img] Text
FPP 2020 19 - IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Study and teaching
Subject: Teacher effectiveness
Subject: Teacher - Attitudes
Call Number: FPP 2020 19
Chairman Supervisor: Azhar Bin Mohd Sabil, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 12 Sep 2021 13:34
Last Modified: 12 Sep 2021 13:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90725
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item