Citation
Sidek, Omar
(1998)
Keberkesanan kursus induksi umum kumpulan 1, di INTAN Wilayah Timur Kemaman Terengganu.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Kursus Induksi Umum,
Kumpulan I yang dianjurkan oleh INTAN Wilayah Timur, Chukai, Kemaman,
Terengganu pada tahun 1997. Aspek yang akan ditumpukan dalam penilaian terse but
ialah dari segi pencapaian objektif kursus secara menyeluruh dan secara perbandingan
diantara Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan Kumpulan Sokongan dalam
Gred 5 dan 6 serta Gred-gred lain yang setaraf dengan Kumpulan B. Kajian ini juga
akan mengukur tahap pembelajaran yang diperolehi serta tahap peningkatan prestasi
peserta selepas menghadiri kursus ini. Disamping itu juga kajian ini akan menilai
keberkesanan metodologi latihan, modul, persekitaran dan fasilitator yang terlibat.
Seramai 95 orang peserta yang pernah menghadiri kursus telah dipilih secara
persampelan rawak strata, bagi mempastikan responden yang dipilih dapat mewakili
kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan dalam Gred 5 dan 6. serta Gred-gred lain yang setaraf dengan Kumpulan B. Borang soal selidik diedar
dan dikembalikan dalam satu seminar yang dirancang khusus untuk penilaian
keberkesanan kursus ini. Semua data yang dikumpul telah diproses secara manual
untuk mendapat peratus keberkesanan, purata pencapaian dan ujian . chi-square'
dilakukan untuk melihat perbezaan pencapaian objektif antara Pegawai dari
Kumpulan Pengurusan & Profesional dari Kumpulan Sokongan dalam Gred 5 dan 6
serta Gred-gred lain yang setaraf dengan Kumpulan B.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Institut Tadbiran Awam Negara - officials and employees |
Subject: |
Employees - Training of - Evaluation - Terengganu |
Subject: |
Organizational effectiveness - Terengganu - Evaluation |
Call Number: |
FPP 1998 72 |
Chairman Supervisor: |
Dr. Shamsuddin bin Ahmad |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
05 Jan 2011 02:11 |
Last Modified: |
18 Mar 2024 23:49 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9068 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |