UPM Institutional Repository

Faktor penentu tingkah laku hijau di pejabat dalam kalangan penjawat awam di Wilayah Persekutuan Putrajaya


Citation

Razak, Norjumaaton Fazhani (2019) Faktor penentu tingkah laku hijau di pejabat dalam kalangan penjawat awam di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pertumbuhan hijau merupakan salah satu fokus utama bagi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bagi membolehkan Malaysia beralih daripada pembangunan konvensional kepada pertumbuhan ekonomi hijau yang mampan. Memandangkan sektor awam merupakan jentera utama kerajaan yang akan melaksanakan program dan strategi pertumbuhan ekonomi hijau dalam negara, maka perubahan tingkah laku hijau dalam kalangan penjawat awam perlu diberikan perhatian. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor penentu yang mempengaruhi tingkah laku hijau di pejabat dalam kalangan penjawat awam di W.P. Putrajaya. Seramai 460 orang responden di lima kementerian dipilih menerusi kaedah persampelan sistematik sebagai sampel kajian. Analisis deskriptif menunjukkan responden memiliki tahap pengetahuan terhadap tingkah laku hijau, tahap norma subjektif, tahap tanggapan kawalan tingkah laku, tahap niat untuk tingkah laku hijau dan tahap tingkah laku hijau di pejabat yang tinggi serta sikap terhadap tingkah laku hijau yang positif. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara pengetahuan terhadap tingkah laku hijau di pejabat, sikap terhadap tingkah laku hijau, norma subjektif, tanggapan kawalan tingkah laku dan niat untuk tingkah laku hijau terhadap tingkah laku hijau di pejabat. Manakala, ujian Regresi Hirarki mendapati niat untuk tingkah laku hijau di pejabat mempunyai peranan sebagai pengantara di antara tanggapan kawalan tingkah laku dan tingkah laku hijau di pejabat dalam kalangan penjawat awam. Berdasarkan analisis Regresi Pelbagai pula, kesemua pemboleh ubah menjelaskan sebanyak 27.4% varians di mana norma subjektif, niat untuk tingkah laku hijau dan pengetahuan terhadap tingkah laku hijau dikenal pasti sebagai faktor penentu yang mempengaruhi tingkah laku hijau di pejabat dalam kalangan penjawat awam di W.P. Putrajaya.


Download File

[img] Text
FEM 2020 9 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Work environment
Subject: Green movement
Subject: Industrial management - Environmental aspects
Call Number: FEM 2020 9
Chairman Supervisor: Mohamad Fazli Bin Sabri, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 07 Oct 2021 03:22
Last Modified: 07 Oct 2021 03:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90650
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item