UPM Institutional Repository

Sikap pekerja Malaysia terhadap gaya pengurusan Jepun : satu kajian kes di Firma Jepun di Malaysia


Citation

Abdullah Sani, Kamal Shukri (1998) Sikap pekerja Malaysia terhadap gaya pengurusan Jepun : satu kajian kes di Firma Jepun di Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan tahap sikap pekerja Malaysia terhadap gaya pengurusan Jepun di firma Jepun di Malaysia dan juga tahap amalan gaya pengurusan Jepun di firma yang sama berdasarkan enam dimensi terpilih. Sebanyak 280 orang pekerja Malaysia di sebuah firma Jepun yang terkemuka di Malaysia yang terdiri daripada pekerja biasa/operator dan staf pengurusan dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan stratifikasi rawak mudah. Pengumpulan data menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan kepada responden melalui kerjasama Jabatan Sumber Manusia firma berkenaan, dan komunikasi peribadi dengan staf firma yang sama. Instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan pengalaman mengikut kursus pengurusan di Jepun, rujukan bahan bacaan berkaitan dan bertumpu kepada enam dimensi terpilih. Seterusnya data dianalisis menggunakan Program "Statistica".


Download File

[img] Text
FPP_1998_68 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Job satisfaction - Malaysia
Subject: Corporations, Japanese - Malaysia
Call Number: FPP 1998 68
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Hj. Saidin Teh
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 05 Jan 2011 01:55
Last Modified: 18 Mar 2024 23:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9064
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item