Citation
Abdullah Sani, Kamal Shukri
(1998)
Sikap pekerja Malaysia terhadap gaya pengurusan Jepun : satu kajian kes di Firma Jepun di Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan tahap sikap pekerja
Malaysia terhadap gaya pengurusan Jepun di firma Jepun di Malaysia dan juga
tahap amalan gaya pengurusan Jepun di firma yang sama berdasarkan enam
dimensi terpilih. Sebanyak 280 orang pekerja Malaysia di sebuah firma Jepun
yang terkemuka di Malaysia yang terdiri daripada pekerja biasa/operator dan staf
pengurusan dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan stratifikasi
rawak mudah.
Pengumpulan data menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan
kepada responden melalui kerjasama Jabatan Sumber Manusia firma berkenaan,
dan komunikasi peribadi dengan staf firma yang sama.
Instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan pengalaman
mengikut kursus pengurusan di Jepun, rujukan bahan bacaan berkaitan dan
bertumpu kepada enam dimensi terpilih. Seterusnya data dianalisis menggunakan
Program "Statistica".
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |