Citation
Hashim, Jasimah
(1998)
Menilai Tahap Kebolehbacaan Buku-Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan Satu KBSM.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentu dan membandingkan tahap
kebolehbacaan buku-buku teks Bahasa Malaysia, Tingkatan Satu, dengan
menggunakan Formula Khadijah Rohani (1982) dan Prosedur Kloz. Kajian ini
juga melihat perbezaan tahap kebolehbacaan buku teks Bahasa Malaysia Teras
dengan buku-buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan Satu yang lain dengan
menggunakan Prosedur Kloz. Reka bentuk kajian ini ialah tinjauan deskriptif dan
analisis kandungan.
Bagi menentukan tahap kebolehbacaan buku-buku teks Bahasa Malaysia
Tingkatan Satu, dua kaedah digunakan iaitu Formula Kebolehbacaan Khadijah Roham (1982) dan Prosedur Kloz Kedua-dua kaedah ini, mengambil tiga petikan
yang sama pada setiap Judul buku teks iaitu pada bahagaian permulaan,
pertengahan dan akhir Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar
Tingkatan Satu, Sekolah Tinggi Muar yang menduduki Ujian Kloz dan skala
Anderson berdasarkan skor peratusan digunakan untuk menentukan tahap
kebolehbacaan buku-buku teks tersebut Data yang diperoleh daripada Ujian Kloz
ini juga dianalisis dengan menggunakan ujian t bersandar bagt menunjukkan
perbandingan tahap kebolehbacaan antara dua buah buku teks tersebut.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |