UPM Institutional Repository

Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam kalangan guru Kolej Vokasional


Citation

Abd Aziz, Rafedah (2020) Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam kalangan guru Kolej Vokasional. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam kalangan guru Kolej Vokasional dan menentukan hubungan antara faktor pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan dengan pelaksanaan PBP. Selain itu, kajian juga bertujuan menentukan faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PBP dalam kalangan guru. Pemboleh ubah bebas kajian adalah pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan manakala pemboleh ubah bersandar adalah pelaksanaan PBP. Kajian deskriptif korelasi ini melibatkan 292 orang guru bidang vokasional yang mengajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di Zon Tengah yang di pilih secara pensampelan rawak berstrata berkadar dan pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang terdiri daripada pelaksanaan PBP, pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan diadaptasi daripada kajian Schmidt et al. (2009), Pamuk et al. (2013) dan Hixson, Ravitz dan Whisman (2012). Data kajian diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan PBP adalah sederhana (M=3.48, SP= 0.69) manakala pengetahuan teknologi (M=3.75, SP=0.44), pengetahuan pedagogi (M=4.10, SP=0.37) dan pengetahuan kandungan (M=3.03, SP=0.33) guru berada pada tahap tinggi. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana antara pengetahuan teknologi dengan pelaksanaan PBP (r=0.435) dan pengetahuan kandungan dengan pelaksanaan PBP(r=0.302). Selain itu terdapat hubungan signifikan yang positif dan lemah bagi pemboleh ubah pengetahuan pedagogi dengan pelaksanaan PBP (r=0.267). Hasil keputusan analisis regresi pula menunjukkan pemboleh ubah pengetahuan teknologi, pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi menyumbang sebanyak 26.2% dan merupakan faktor peramal terhadap pelaksanaan PBP. Secara keseluruhannya, pelaksanaan PBP amat bergantung kepada guru yang berkualiti dan bersedia dari pelbagai aspek pengetahuan. Diharapkan pelaksanaan PBP bukan sahaja memberi penambahbaikan dalam kaedah, strategi dan sumber pengajaran guru malah mampu untuk mengubah landskap pendidikan di Malaysia.


Download File

[img] Text
FPP 2020 18 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Project method in teaching
Subject: Vocational education
Subject: Vocational teachers
Call Number: FPP 2020 18
Chairman Supervisor: Profesor Madya Umi Kalthom Binti Abdul Manaf, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 23 Aug 2021 02:06
Last Modified: 23 Aug 2021 02:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90591
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item