Citation
Mat Min, Ruhani
(1998)
Hubungan Penyesuaian dengan Pencapaian Akademik Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan (1) meninjau bentuk pola penyesuaian di
kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (2) mengkaji hubungan
penyesuaian dan perapatan di kalangan pelajar institusi pengajian
tinggi; (3) mengkaji hubungan ppnyesuaian, perapatan, dan
pencapaian akademik. Penyesuaian diukur dengan menggunakan
Inventori Adaptasi Pelajar di Universiti. Perapatan diukur dengan
menggunakan Inventori Perapatan Ibu Bapa dan Rakan.
Seramai 223 (n = 223) orang pelajar tahun pertama pengajian
melibatkan diri sebagai responden kajian. Soal selidik isi sendiri yang
menggunakan skala Likert telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan statistik diskriptif, korelasi dan analisis regresi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai
penyesuaian keseluruhan, penyesuaian sosial, penyesuaian personalemosional
dan penyesuaian komitmen-matlamat yang lebih baik
berbanding dengan pelajar perempuan. Tidak wujud perbezaan anmra
pelajar lelaki dengan pelajar perempuan pad a penyesuaian akademik.
Analisis regresi menunjukkan subskala penyesuaian iaitu penyesuaian
akademik, penyesuaian komilmen-matlamat dan penyesuaian personalemosional
menyumbang sebanyak 16 peratus varian kepada pencapaian
akademik. Wujud perhubungan anmra penyesuaian dan perapatan di kalangan pelajar. Analisis regresi juga menunjukkan penyesuaian keseluruhan menyumbangkan sebanyak 6 peratus varian kepada pencapaian akademik pelajar.
Proses penyesuaian berbeza di kalangan pelajar. Penyesuaian
juga menyumbang terhadap pencapaian akademik pelajar. Oleh itu,
pelajar perlu dibantu dalam proses penyesuaian unluk membolehkan
mereka berjaya di universiti.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Universiti Putra Malaysia - Students - Psychology |
Subject: |
Student adjustment - Malaysia |
Subject: |
Personality and academic achievement |
Call Number: |
FPP 1998 63 |
Chairman Supervisor: |
Professor Madya Othman Dato Haji Mohamed, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
04 Jan 2011 07:52 |
Last Modified: |
12 Sep 2011 08:54 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9059 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |