Citation
Ab Wahid, Mohd Khairudin
(2019)
Perbandingan faktor penyumbang stres dalam kalangan guru pendidikan jasmani sekolah menengah berdasarkan demografi di Selangor, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tujuan: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor penyumbang stres dalam
kalangan guru Pendidikan Jasmani sekolah menengah di Selangor, Malaysia dan
perbandingan faktor penyumbang stres berdasarkan demografi. Kaedah: Reka bentuk
kajian rentasan (cross-sectional) dipilih dalam mengendalikan kajian tinjauan secara
rentasan. Kajian melibatkan responden (n=258) 128 guru lelaki dan 130 guru perempuan
opsyen Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan yang mengajar Pendidikan Jasmani sekolah
menengah di Selangor. Instrument soal selidik digunakan dengan format likert-scale
enam konstruk iaitu dilema kerjaya, perkembangan kerjaya, salah konsep kerjaya,
keadaan persekitaran kerja, hubungan dalam pekerjaan dan status personal. Analisis
statistik deskriptif, Ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala digunakan bagi
menghuraikan dapatan kajian. Dapatan: Lima faktor dikenal pasti sebagai penyumbang
stres iaitu keadaan perkembangan kerjaya mencatatkan (M=34.77, SD=4.48), dilema
kerjaya nilai (M=35.26, SD=5.17), keadaan persekitaran kerja dengan (M=22.52,
SD=3.58), salah konsep kerjaya (M=23.42, SD=4.03) dan hubungan dalam pekerjaan
(M=27.09, SD=2.87). Manakala dapatan kajian perbandingan penyumbang stres dalam
kalangan guru PJ berdasarkan jantina menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan
nilai faktor penyumbang stres perkembangan kerjaya berdasarkan jantina, perempuan
(M=34.80, SD=4.84) lelaki (M=35.72, SD=5.45) dengan t(256)=0.271, p=0.008<0.05.
Faktor penyumbang stres salah konsep kerjaya dengan pengalaman mengajar
menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan nilai F(3, 254)=3.95, p=0.009<0.05.
Perbezaan faktor penyumbang stres keadaan persekitaran kerja berdasarkan umur
menunjukkan perbandingan nilai F(2, 255)=3.524, p=0.031<0.05. Seterusnya terdapat
perbezaan yang signifikan faktor penyumbang stres salah konsep kerjaya berdasarkan
gaji dengan nilai F(3, 254)=2.763, p=0.043<0.05. Begitu juga terdapat perbezaan yang
signifikan pada tiga faktor penyumbang stres guru PJ iaitu dilema kerjaya F(2,
255)=3.857, p=0.022<0.05, manakala keadaan persekitaran kerja F(2, 255) = 3.158,
p=0.044<0.05, serta faktor hubungan dalam pekerjaan F(2, 255)=4.817, p=0.009<0.05
berdasarkan kelulusan akademik. Kesimpulannya: Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah yang bersesuaian bagi mengatasi dan mengurangkan perbezaan
faktor penyumbang stres guru Pendidikan Jasmani di Selangor terutama pada kalangan
guru PJ perempuan yang menghadapi stres kerja yang lebih tinggi berbanding guru PJ
perempuan. Ini perlu dilakukan kerana guru merupakan aset negara yang penting dalam
pembentukan generasi cemerlang.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
High school teachers - Job stress |
Subject: |
Teachers - Job stress - Selangor - Malaysia |
Subject: |
Teaching - Psychological aspects |
Call Number: |
FPP 2020 8 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Soh Kim Geok, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Mas Norain Hashim
|
Date Deposited: |
19 Aug 2021 01:11 |
Last Modified: |
19 Aug 2021 01:11 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90586 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |