Citation
Mohamed Noor, Noor Adiah
(1998)
Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah dan Kaitannya dengan Pencapaian Akademik.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini cuba meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh para remaja
sekolah dan kaitannya dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga cuba
memastikan sama ada terdapat perbezaan masalah yang dihadapi berdasarkan
jantina, bangsa dan status sosio-ekonomi. Kajian ini juga cuba mengenalpasti pola
rujukan pembimbing kalangan remaja apabila mereka menghadapi masalah.
Penyelidikan ini merupakan kajian kes terhadap 230 orang pelajar
Tingkatan Empat Sekolah Menengah Taman Selayang (1), Batu Caves, Selangor. Data dikumpulkan melalui soal selidik latar belakang pelajar, soal selidik
pola rujukan pembimbing dan Senarai Semak Masalah Mooney. Kaedah statistik
yang digunakan dalam analisis data ialah analisis frekuansi, min dan peratusan,
ujian-t, ujian ANOVA, Ujian Post Hoc Multiple Comparison LSD, dan ujian
korelasi Pearson. Untuk semua ujian statistik, nilai alpha yang digunakan ialah .05.
Hasil kajian mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh para
pelajar remaja ialah masalah akademik dan kerjaya. Analisis ujian-t menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan signifikan masalah yang dihadapi berdasarkan jantina.
Analisis ujian ANOVA menunjukkan bahawa, pada keseluruhannya terdapat
perbezaan yang signifikan masalah yang dihadapi berdasarkan bangsa dan status
sosio-ekonomi. Analisis ujian Post Hoc Multiple Comparison LSD menjelaskan
bahawa perbezaan min yang signifikan lebih ketara antara pelajar Melayu dengan
pelajar Cina, pelajar Melayu dengan pelajar India dan pelajar status sosio-ekonomi
tinggi dengan pelajar status sosio-ekonomi rendah. Analisis ujian korelasi Pearson
menjelaskan pada keseluruhannya terdapat hubungan yang sederhana antara
masalah yang dihadapi dengan pencapaian akademik. Akhir sekali hasil kajian ini
juga menjelaskan bahawa rakan merupakan pembimbing utama bagi pelajar remaja
apabila mereka menghadapi masalah.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
High school students - Social aspects - Selangor - Case studies |
Subject: |
Academic achievement - Selangor - Case studies |
Subject: |
Adolescent psychology - Selangor - Case studies |
Call Number: |
FPP 1998 61 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Dr. Rahil Hj. Mahyuddin |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
04 Jan 2011 07:45 |
Last Modified: |
27 Jul 2011 01:33 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9057 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |