Citation
Abdul Samat, Mohd Shafie
(1998)
Faktor-Faktor Kerja dan Bukan Kerja serta hubungannya dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Kakitangan Konsortium Sepang Berhad.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kepuasan kerja telah mendapat perhatian yang meluas dari para
pengkaji sejak 1940an lagi. Tahap kepuasan kerja yang rendah biasanya
dikaitkan dengan masalah yang dihadapi oleh para pekerja samada di
tempat kerja atau di rumah mereka sendiri. Tujuan utama kajian ini
adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor kerja dan faktor-faktor bukan
kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja di kalangan
kakitangan Konsorium Sepang Berhad (KSB). Secara khususnya kajian
ini bertujuan mengenalpasti: (i) tahap kepuasan kerja kakitangan KSB,
(li) perbezaan kepuasan kerja kakitangan KSB, (iii) hubungan antara faktor-faktor kerja dengan kepuasan kerja dan hubungan antara faktorfaktor
bukan kerja dengan kepuasan kerja.
Sejumlah 80 orang responden telah dipilih bagi menjayakan
kajian ini dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis.
Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program
'Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for MS Windows Release
6.0'.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Konsortium Sepang Berhad |
Subject: |
Universiti Putra Malaysia - Dissertations |
Subject: |
Job satisfaction - Selangor - Sepang |
Call Number: |
FPP 1998 59 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Dr. Hj. Turiman Suandi |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
04 Jan 2011 04:54 |
Last Modified: |
23 Sep 2013 01:35 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9054 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |