UPM Institutional Repository

Keperluan latihan mengikut tahap kerjaya Pegawai Ehwal Ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang


Citation

Taha, Mohd Salim (1998) Keperluan latihan mengikut tahap kerjaya Pegawai Ehwal Ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan latihan Pegawai Ehwal Ekonomi (E3) mengikut tahap kerjaya di mana mereka berada ke arah keberkesanan dalam melaksanakan tugas-tugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kajian ini merupakan 'census study' di mana populasi kajian terdiri dari semua Pegawai Ehwal Ekonomi (80 orang) dalam Gred E3, Kumpulan Pengurusan dan Profesional menurut skim perkhidmatan Sistem Saraan Baru (SSB) Sepuluh orang dan pegawai tersebut diambil sebagal sampel di dalam proses prauji peralatan kajian. Dalam kajian ini, peralatan kajian yang digunakan ialah soalselidik berstruktur yang ditadbir sendiri oleh responden Kajian mendapati tahap keperluan latihan dalam enam bidang latihan utama yang dlkaji iaitu, (I) pengurusan sumber manusia, (II) pengurusan am, (III) pengurusan projek, (IV) pengurusan kewangan, (V) pengurusan pertubuhan peladang/skata dan (VI) komunikasi/teknikal adalah pada tahap sederhana iaitu 49.2% Hasil kajian ini menunjukkan perlunya bidang latihan tersebut dilaksanakan terhadap responden di semua tahap kerjaya mereka (awal, pertengahan dan akhir) di LPP.


Download File

[img] Text
FPP_1998_58 IR.pdf

Download (525kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Lembaga Pertubuhan Peladang - Officials and employees - Training of
Subject: Job enrichment
Subject: Agricultural economists - Training of - Malaysia
Call Number: FPP 1998 58
Chairman Supervisor: Dr. Hajah Asma Ahmad
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 04 Jan 2011 04:42
Last Modified: 18 Mar 2024 01:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9051
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item