Citation
Kadir, Idris
(1998)
Pengaruh Disiplin Murid dan Suasana Kerja: Satu Kajian Kes Persepsi Guru Terhadap Motivasi Kerja di Sebuah Sekolah Menengah di Hulu Langat Selangor.
[Project Paper Report]
Abstract
Kesukaran menghadapi masalah disiplin murid di sekolah dan suasana kerja yang
tidak menyokong adalah punca menyebabkan guru tidak bersemangat untuk bekerja. Ini
mempengaruhi secara negatif dan memberi kesan psikologikal kepada motivasi guru
terhadap tugas mereka
maka objektif kajian ini ialah untuk mengkaji: (1) Persepsi guru lelaki dan
perempuan tentang tingkah laku negatif murid; (2) Persepsi guru lelaki dan perempuan
tentang perhatian murid yang positif; (3) Persepsi guru lelaki dan perempuan tentang
pengaruh suasana kerja; (4) Persepsi guru tentang hubungan antara motivasi guru dengan
tingkah laku negatif murid; (5) Persepsi guru tentang hubungan antara motivasi guru
dengan perhatian murid yang positif dan; (6) Persepsi guru tentang hubungan antara
motivasi guru dengan suasana kerja. Subjek kajian terdiri daripada 82 orang guru iaitu 31 orang guru lelaki dan 51 orang
guru perempuan di sebuah Sekolah Menengah Primbun di Hulu Langat, Selangor. Alat
kajian yang digunakan untuk mengukur persepsi guru ialah soal selidik. Data dianalisis
dengan menggunakan statistik diskriptif.
Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang signifiken
antara guru lelaki dan perempuan terhadap murid yang bertingkah laku negatif.
Keputusan menyokong bahawa murid yang bertingkah laku negatif menyebabkan guru
tidak bermotivasi terhadap tugas mengajar. Keputusan kajian ini sebaliknya menunjukkan
bahawa murid yang memberikan perhatian yang positif menyebabkan guru lelaki dan
perempuan bermotivasi tinggi terhadap tugas mengajar. Kajian juga mendapati bahawa
faktor suasana kerja yang positif menyebabkan guru lelaki dan perempuan bermotivasi
tinggi. Keputusan kajian secara keseluruhan. mendapati bahawa disiplin murid dan
suasana kerja sangat berpengaruh terhadap motivasi kerja guru-guru.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Teachers - Job stress - Selangor - Hulu Langat - Case studies |
Subject: |
School discipline - Selangor - Hulu Langat - Case studies |
Call Number: |
FPP 1998 53 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya. Dr. Habibah bt. Elias |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
04 Jan 2011 04:11 |
Last Modified: |
26 Jul 2011 05:08 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9045 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |