Citation
Abdul Wahab, Jamalullail
(1998)
Gaya pengajaran pensyarah di sebuah maktab perguruan terpilih dari persepsi guru pelatih.
[Project Paper Report]
Abstract
Gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan boleh memberi kesan kepada prestasi guru-guru pelatih. Sehubungan dengan itu adalah penting untuk dikenalpasti
persepsi guru-guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah supaya pensyarah
maktab perguruan boleh melakukan perubahan yang positif terhadap gaya
pengajarannya.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap gaya
pengajaran pensyarah maktab perguruan dan kajian ini juga menentukan profil gaya
pengajaran pensyarah yang disukai oleh guru-guru pelatih bagi tiap-tiap dimensi gaya
pengajaran.
Sejumlah 145 guru-guru pelatih semester akhir Maktah Perguruan Kuala
Terengganu dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan
rawak mudah. Soal selidik telah ditadbir sendiri oleh pengkaji bersama dua pembantu.
Data telah dianalisis menggunakan program Statistical Packge for Sosial Science
(SPSS) for MS Window Release 6.0.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |