UPM Institutional Repository

Pengukuran nilai pekali keresapan terma dan sifat dielektrik getah asli terepoksida


Citation

Mat, Mohd Noor (2000) Pengukuran nilai pekali keresapan terma dan sifat dielektrik getah asli terepoksida. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengukuran pekali keresapan terma dan pengukuran pemalar dielektrik bahan getah asli terepoksida. Pengukuran nilai pekali keresapan terma dilakukan dengan kaedah lindapan dan teknik fotoakustik, manakala pemalar dielektrik diukur dengan teknik piawai dengan mengguna Spektrometer Dielektrik. Sampel-sampel getah yang dikaji ialah getah asli (SMRS) dan getah asli terepoksida (ENR25 dan ENR50) dengan kandungan karbon 0, 25, 50 dan 75 peratus yang disediakan dalam bentuk sfera dan kepingan.Pengukuran nilai pekali keresapan terma dengan kaedah lindapan diukur pada suhu 28, 38, 60, 79 dan 100°C manakala pengukuran nilai pekali keresapan terma dengan teknik fotoakustik diukur pada suhu 28°C. Hasil eksperimen menunjukkan nilai pekali keresapan terma berkurangan dengan penambahan suhu lindapan tetapi meningkat dengan peratus karbon. Kesan suhu dan karbon terhadap nilai pekali keresapan terma dapat dikaitkan melalui satu bubungan empirik yang terbit daripada hasil ujikaji dalam kajian ini. Pemalar dielektrik pula diukur dalam julat frekuensi 10⁻² ke 10⁶Hz pada suhu 303, 313, 333, 353 dan 373K. Hasil eksperimen menunjukkan bahawa penyerakan ketelusan dielektrik kompleks terhadap frekuensi meningkat dengan peningkatan suhu dan peratus karbon. Model litar setara bagi penyerakan ketelusan dielektrik kompleks didapati bersetuju dengan data eksperimen yang diperolehi. Kekonduksian arus terus di dalam setiap sampel pada 303, 313, 333, 353 dan 373K diperolehi daripada graf kekonduksian lawan frekuensi apabila frekuensi sarna dengan sifar. Kekonduksian arus terus adalah suatu proses teraktif dan meningkat dengan peningkatan peratus karbon. Pada peratusan karbon 25 - 50%, kekonduksian di dalam setiap jenis sampel berlaku secara perkolasi. Pada julat frekuensi rendah if < 10⁴Hz), setiap jenis sampel dengan kandungan karbon 50 dan 75 peratus, kekonduksian secara perkolasi lebib dominan menyumbang kepada jumlah kekonduksian sementara sampel dengan kandungan karbon 0 dan 25 peratus, pengutuban secara antaramuka dan dwikutub yang lebih menyumbang kepada jumlah kekonduksian. Pada julat frekuensi (10⁴Hz </ < 10⁶Hz), basil yang diperolehi menunjukkan kekonduksian berubah dengan cepat terhadap frekuensi dan tidak bergantung kepada suhu. Penganalisaan kekonduksian ulang alik dilakukan dengan kaedah spektroskopi impedans. Hasil penganalisaan menunjukkan bahawa frekuensi impedans puncak meningkat dengan peningkatan suhu (proses teraktif), dan Z₀ berkurangan dengan peningkatan suhu. Tenaga pengaktifan AC dan DC adalah berbeza dan ini menjelaskan bahawa pembawa dan proses yang berlaku di dalam kedua-dua analisis tidak sama.


Download File

[img] Text
FSAS_2000_11 IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Thermal diffusivity - Measurement
Call Number: FSAS 2000 11
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Hj. W. Mahmood Mat Yunus
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Date Deposited: 04 Jan 2011 04:22
Last Modified: 13 Mar 2024 01:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9040
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item