Citation
Marzuki, Mohd Zain
(1998)
Kesesuaian Prosedur Kloz untuk Menguji Pemahaman Bahasa Melayu.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat gambaran tentang prosedur
kloz nisbah tetap (PKNT) dan prosedur kloz nizbah tak tetap (PKNTT)
sebagai alat mengukur pemahaman membaca dalam Bahasa Melayu
(8M). Di samping itu kajian ini juga dijalankan untuk
membandingkan perbezaan skor min PKNT dengan skor min PKNTT.
Kajian ini juga melihat perbezaan tahap kebolehpercayaan soalansoalan
PKNT dan PKNIT. Sejumlah 100 orang pelajar Tingkatan 4,
Sekolah Menengah Kebangsaan Za'ba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
telah dipilih untuk kajian ini data telah diperoleh dengan
mentakbirkan PKNT dan PKNTT. Data kemudiannya dianalisis dan
ditentukan tahap kebolehpercayaannya dengan menggunakan
kaedah Kuder-Richardson 20 (KR 20).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |