Simple Search:

Faktor-Faktor Nilai, Kekeluargaan dan Diri Serta Hubungannya dengan Pencapaian Akademik


Citation

Anwar, Latif (1998) Faktor-Faktor Nilai, Kekeluargaan dan Diri Serta Hubungannya dengan Pencapaian Akademik. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor nilai, keluarga dan diri dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Responden terdiri daripada 65 pelajar Fakulti Kejuruteraan dalam Program Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dan Bacelor Kejuruteraan Awam. Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata dengan mengambilkira responden Bumiputra dan bukan Bumiputra. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSSWinV7.5 dan menggunakan statistik deskriptif Ujian-t dan korelasi. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhan bilangan responden yang mempunyai cita-cita adalah tinggi (73.8%), ketaatan kepada ibubapa yang tinggi (78.5%), kesederhanaan dalam keterampilan diri yang tinggi (83.1%), latar belakang kewangan yang sederhana (75.4%) dan perhubungan kekeluargaan yang sederhana (75.4%). Walau bagaimanapun bilangan mereka mempunyai tahap pendidikan ibubapa yang rendah adalah tinggi (83.1%). Selanjutnya, kajian mendapati bahawa tiada perkaitan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan faktor nilai, keluarga dan diri. Walau bagaimanapun terdapat perkaitan positif di antara faktor nilai dengan faktor keluarga. lni menunjukkan bahawa responden mempunyai faktor nilai dan faktor kekeluargaan yang seiring.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_45_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Universiti Putra Malaysia - Students - Rating of
Subject: Academic achievement - Malaysia - Case studies
Call Number: FPP 1998 45
Chairman Supervisor: Profesor Madya Dr. Hj. Turiman Bin Suandi
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 04 Jan 2011 02:04
Last Modified: 26 Jul 2011 04:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9035
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item