Citation
Anwar, Latif
(1998)
Faktor-faktor nilai, kekeluargaan dan diri serta hubunganya dengan pencapaian akademik.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor nilai, keluarga dan diri dan
hubungannya dengan pencapaian akademik.
Responden terdiri daripada 65 pelajar Fakulti Kejuruteraan dalam Program Bacelor
Kejuruteraan Mekanikal dan Bacelor Kejuruteraan Awam. Pemilihan sampel adalah
secara rawak berstrata dengan mengambilkira responden Bumiputra dan bukan
Bumiputra.
Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSSWinV7.5 dan menggunakan
statistik deskriptif Ujian-t dan korelasi.
Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhan bilangan responden yang
mempunyai cita-cita adalah tinggi (73.8%), ketaatan kepada ibubapa yang tinggi
(78.5%), kesederhanaan dalam keterampilan diri yang tinggi (83.1%), latar belakang
kewangan yang sederhana (75.4%) dan perhubungan kekeluargaan yang sederhana
(75.4%). Walau bagaimanapun bilangan mereka mempunyai tahap pendidikan ibubapa
yang rendah adalah tinggi (83.1%).
Selanjutnya, kajian mendapati bahawa tiada perkaitan yang signifikan antara
pencapaian akademik dengan faktor nilai, keluarga dan diri. Walau bagaimanapun
terdapat perkaitan positif di antara faktor nilai dengan faktor keluarga. lni
menunjukkan bahawa responden mempunyai faktor nilai dan faktor kekeluargaan yang seiring.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Universiti Putra Malaysia - Students - Rating of |
Subject: |
Academic achievement - Malaysia - Case studies |
Call Number: |
FPP 1998 45 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Dr. Hj. Turiman Bin Suandi |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
04 Jan 2011 02:04 |
Last Modified: |
12 Mar 2024 06:20 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9035 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |