UPM Institutional Repository

Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). [UPM News]

Abstract

SERDANG, 31 Disember – Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin melantik Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) untuk tempoh selama tiga tahun berkuatkuasa 1 Januari 2011. Beliau, 47, menggantikan Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh yang tamat tempoh perlantikannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pada 31 Disember tahun lalu, mempunyai kelulusan Bacelor Sains (Kepujian) dari Michigan State University USA, Master Sains dari Michigan Ann Arbor USA serta PhD dari University of Sheffield United Kingdom. Prof. Dr. Mohd Saleh, anak kelahiran Melaka telah berkhidmat di UPM lebih 20 tahun sejak 1988 dengan memulakan karier sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam dan dilantik sebagai Profesor Madya pada 2001 dan kemudiannya Profesor pada 2009. Beliau menjawat jawatan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam pada 1996 hingga 2006 sebelum dilantik menjadi Timbalan Dekan (akademik) dan kemudiaanya menjawat Jawatan Dekan Fakulti Kejuruteraan pada Oktober 2007. Antara lapangan profesional yang diceburi ialah dilantik sebagai Fellow Member dari Institution of Engineers Malaysia (FIEM), Jurutera Profesional dari Lembaga Jurutera-Jurutera Malaysia (P.Eng), ahli Persatuan Jurutera-Jurutera Awam Amerika (MASCE), ahli Road Engineers Association of Autralasia (MREAAA) dan ahli Malaysia Concrete Society (MCSM). Portfolio yang akan dipegang oleh beliau adalah mengetuai dan bertanggungjawab dalam keseluruhan pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta menguruskan hal ehwal penyelidikan universiti sehinggalah kepada pengkomersilan hasil penyelidikan. Ahli pengurusan UPM menyifatkan perlantikan Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh akan dapat memastikan UPM terus kekal sebagai Universiti Penyelidikan dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan hasil penyelidikan. Pengalaman Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh yang luas dalam bidang penyelidikan mampu mendukung matlamat kedua Pelan Strategik 2011-2013 UPM iaitu melonjak tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa.


Download File

[img]
Preview
PDF
TNCPI.pdf

Download (44kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 03 Jan 2011 05:08
Last Modified: 27 May 2013 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9030
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item