UPM Institutional Repository

Analisis Pola-Pola Sintaksis dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat


Citation

Ismail, Awang (1998) Analisis Pola-Pola Sintaksis dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat pola-pola sintaksis dalam penulisan karangan di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan IV di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong , Selangor Darul Ehsan. Pola-pola sintaksis yang dikaji melibatkan jenis, ragam dan binaan ayat yang dianalisis dari segi kekerapan penggunaan dan perbezaannya berdasarkan aliran, jantina dan keturunan pelajar. Kaedah kajian deskriptif digunakan dalam kajian ini. Daripada populasi 425 orang pelajar, seramai 100 orang telah dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian diperoleh dengan menganalisis sebanyak 2099 ayat yang ditulis oleh sampel kajian. Penganalisisan data bertujuan memperoleh tabu ran kekerapan dan peratus penggunaan ayat bagi menentukan sama ada pelajar menggunakan pola ayat yang beragam atau bertumpu kepada satu pola ayat tertentu sahaja. Selain itu, data juga dianalisis dengan menggunakan ujian khi-kuasa dua bagi menentukan wujud atau tidak perbezaan antara jenis, ragam dan binaan ayat dengan latar belakang aliran, jantina dan keturu nan sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi jenis ayat, wujud pola penggunaaan yang hanya bertumpu kepada ayat penyata. Pelajar kurang menggunakan jenis-jenis ayat tanya, seruan dan perintah. Dari segi ragam ayat, peratusan penggunaan ayat aktif ialah sebanyak 80.88%, manakala peratusan ayat pasif hanya sebanyak 19.12% sahaja. Berdasarkan binaan ayat pula, dapatan kajian menunjukkan penggunaan ayat-ayat adalah lebih beragam. Binaan ayat majmuk campuran paling kerap digunakan, iaitu sebanyak 50.69%, diikuti ayat majmuk gabungan sebanyak 15.25%, ayat majmuk pancangan keterangan sebanyak 15.91%, ayat majmuk pancangan relatif sebanyak 11.53%, ayat tunggal 5.05% dan ayat majmuk pancangan kompremen hanya 1.57%. Berdasarkan pengujian khi-kuasa dua, didapati penggunaan jenis-jenis ayat antara pelajar aliran sains tulen dengan aliran sains kemasyarakatan, antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dan antara pelajar Melayu dengan pelajar bukan Melayu tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dari sudut kekerapan penggunaannya.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_41_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Malay language - Syntax - Study and teaching (Secondary)
Subject: Malay language - Sentences
Call Number: FPP 1998 41
Chairman Supervisor: En. Kamarudin Hj. Husin
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 30 Dec 2010 09:07
Last Modified: 26 Jul 2011 04:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9026
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item