Simple Search:

Kepuasan Kerja di Kalangan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di Universiti Putra Malaysia


Citation

Tamsir, Jamsari (1998) Kepuasan Kerja di Kalangan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di Universiti Putra Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kepuasan kerja Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di Universiti Putra Malaysia berdasarkan kepada faktor dimensi kerja iaitu keadaan dan persekitaran kerja, gaji yang diterima, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan pegawai atasan, rakan sekerja dan kerja keseluruhan. Kajian ini juga ingin membandingkan dan melihat perkaitan di antara kepuasan kerja terhadap faktor dimensi kerja berdasarkan kepada faktor demografi mereka iaitu jantina, umur, status perkahwinan, bilangan anak, gaji bulanan, tempat bertugas, pekerjaan pasangan, tempoh berkhidmat, pengalaman kerja dan jarak pejabat dengan tempat kediaman. Seramai 114 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) telah dipilih secara persampelan rawak berlapis dan seramai 84 responden telah mengembalikan borang. Borang soal selidik merangkumi peralatan "Jod Descriptive Index (IDI)', disediakan bagi tujuan memperolehi data penting kepuasan kerja dan maklumat demografi. Borang soal selidik diedarkan dan dikembalikan secara penghantaran pos dalam kampus dan mengambil masa selama dua minggu. Data yang dikumpul telah diproses menggunakan "Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS)".


Download File

[img] PDF
FPP_1998_39_A.pdf

Download (700kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Universiti Putra Malaysia - Officials and employees
Subject: Job satisfaction - Malaysia
Call Number: FPP 1998 39
Chairman Supervisor: Dr. Shamsuddin bin Ahmad
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 30 Dec 2010 09:37
Last Modified: 26 Jul 2011 04:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9024
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item