Citation
Tamsir, Jamsari
(1998)
Kepuasan kerja di kalangan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di Universiti Putra Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kepuasan kerja Pembantu Tadbir
(Perkeranian dan Operasi) di Universiti Putra Malaysia berdasarkan kepada faktor
dimensi kerja iaitu keadaan dan persekitaran kerja, gaji yang diterima, peluang
kenaikan pangkat, penyeliaan pegawai atasan, rakan sekerja dan kerja keseluruhan.
Kajian ini juga ingin membandingkan dan melihat perkaitan di antara kepuasan kerja
terhadap faktor dimensi kerja berdasarkan kepada faktor demografi mereka iaitu
jantina, umur, status perkahwinan, bilangan anak, gaji bulanan, tempat bertugas,
pekerjaan pasangan, tempoh berkhidmat, pengalaman kerja dan jarak pejabat dengan
tempat kediaman.
Seramai 114 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) telah dipilih
secara persampelan rawak berlapis dan seramai 84 responden telah mengembalikan borang. Borang soal selidik merangkumi peralatan "Jod Descriptive Index (IDI)',
disediakan bagi tujuan memperolehi data penting kepuasan kerja dan maklumat
demografi.
Borang soal selidik diedarkan dan dikembalikan secara penghantaran pos dalam
kampus dan mengambil masa selama dua minggu. Data yang dikumpul telah diproses
menggunakan "Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS)".
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |