Citation
C. Lah, Mohd Nor
(1998)
Hubungan Sikap, Motivasi dan Latar Belakang Pelajar Sains Tulen dengan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Banyak kajian telah dijalankan dalam usaha untuk melihat hubungan
pencapaian akademik pelajar dengan faktor-faktor lain baik di sekolah harian
biasa atau di sekolah berasrama penuh justeru itu tujuan kajian ini dijalankan,
adalah untuk memperjelaskan sejauhmana hubungan sikap, motivasi dan latar
belakang pelajar sains tulen tingkatan lima di MRSM memberi kesan kepada
pencapaian akademik mereka dalam subjek BM Data dikumpul melalui
soalselidik dan Ujian Khas BM Kertas 1 dan Kertas 2 mengikut format dan
sukatan pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi menilai sejauhmana
pencapaian mereka dalam subjek BM Data dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Package for Social Science (SPSS version 6.0). Kajian ini
mendapati sikap para pelajar MRSM terhadap subjek BM tidak mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik mereka dalam subjek
tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik mereka
dalam subjek BM.
Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara
kumpulan gaji yang beriainan di kalangan keluarga pelajar dengan pencapaian
akademik. Antara cadangan yang dapat diperakukan di sini ialah (1) Pelajar
MRSM mesti memberi penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis bagi
mendapat markah yang cemeriang dalam subjek BM (2) Bilangan pelajar lelaki
dan perempuan mesti seimbang agar aktiviti bahasa dalam kelas dapat dikongsi
bersama-sama di samping dapat mempertingkatkan hubungan di antara mereka.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |