UPM Institutional Repository

Kesan Pengajaran Menggunakan Pengurusan Grafik ke Atas Prestasi Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat


Citation

Mahat, Noraziah (1998) Kesan Pengajaran Menggunakan Pengurusan Grafik ke Atas Prestasi Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. [Project Paper Report]

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan dua kaedab pengajaran iaitu pengajaran yang menggunakan Pengurusan Grafik (PG) dan kaedab konvensional ke atas prestasi penulisan karangan. Di samping itu, kajian ini juga akan membandingkan prestasi penulisan karangan di kalangan pelajar yang pencapaian sederhana dan pencapaian rendah. Aspek yang dikaji ialah dari segi prestasi penulisan karangan keseluruhan dan penulisan tentang pengembangan isi karangan. Seramai 60 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat telah dipilih untuk mewakili setiap kumpulan treatmen. Data telah diperoleh melalui ujian penulisan tiga buah karangan dan dinilai oleh dua orang penilai. Data kemudian dianalisis menggunakan pakej statistik SPSS . Statistik yang digunakan untuk menguji hipotesis ialah Ujian-t tidak bersandar dan varians dua hala. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran menggunakan PG adalah. lebih baik berbanding kaedah konvensional dalam prestasi penulisan karangan keseluruhan dengan nilai t (58) = 355, P < 05. Dari aspek penulisan tentang pengembangan isi karangan pula, kaedah pengajaran menggunakan PG juga menunjukkan prestasi yang lebih balk berbanding kaedah konvensional pada nilat t(58) =4.11, p < .05. Bagi kumpulan pelajar pencapaian sederhana perbandingan kedua-dua min prestasi anmra pelajar yang mengikuti pengajaran menggunakan PG dan kaedah konvensional telah memperlihatkan kesignifikanan pada t (28) = 2.61, p < .05 dalarn penutisan karangan keseluruban dan t (28) = 2.80, p < .05 dati aspek pengembangan isi karangan. Oleh itu disimpulkan bahawa kaedah pengajaran menggunakan PG dapat meningkatkan prestasi penulisan karangan keseluruhan dan dari aspek pengembangan isi karangan berbanding kaedah konvensional di kalangan pelajar kumpulan pencapaian sederhana. Di kalangan pelajar pencapaian rendah pula kumpulan pelajar yang dirangsang oleh pengajaran menggunakan PG dapat meningkatkan prestasi penulisan karangan keseluruhan dan dari aspek pengembangan isi karangan berbanding pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran konvensional.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_30_A.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Malay language - Semantics - Graphic methods.
Subject: Teaching - Graphic methods
Call Number: FPP 1998 30
Chairman Supervisor: Dr. Rohani Ahmad Tannizi
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 30 Dec 2010 10:32
Last Modified: 26 Jul 2011 04:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9015
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item