Simple Search:

Satu Perbandingan Kesan di Antara Dua Kaedah Pengajaran Kata Kerja Bahasa Melayu Terhadap Pelajar-Pelajar Tingkatan Dua


Citation

Salleh, Sarimah (1998) Satu Perbandingan Kesan di Antara Dua Kaedah Pengajaran Kata Kerja Bahasa Melayu Terhadap Pelajar-Pelajar Tingkatan Dua. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Salah satu aspek yang menjadi masalah yang besar di kalangan pelajar ialah aspek tatabahasa. Aspek tersebut merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajarinya dengan cekap dan berkesan. Masalah penguasaan tatabahasa di kalangan pelajar berkait rapat dengan perkaedahan mengajar tatabahasa itu sendiri. Kaedah mengajar tatabahasa yang berkesan perlulah digunakan kerana perkaedahan merupakan salah satu faktor yang mungkin memberi pengaruh kepada kecekapan dan kebolehan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran bahasa di sekolah. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti perkaedahan manakah yang lebih sesuai untuk mengajar kata kerja Bahasa Melayu (BM) di peringkat menengah rendah. Subjek kajian terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Sukit, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Dua kaedah pengajoran yang dipilih ialah kaedah induktif dan kaedah deduktif. Data dikumpul melalui dua cara iaitu Ujian Pencapaian Kata Kerja BM dan soal selidik. Ujian pencapaian dibuat untuk melihat perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas pengajaran. Borang soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat tentang latar belakang pelajar, sikap dan minat terhadap pelajaran Data dianalisis dengan menggunakan ujian untuk melihat perubahan pencapaian, sikap dan minot terhadap pelajaran sebelum dan selepas pengajaran. Keputusan kajian menunjukkan kumpulan pelajar yang diajar dengan kaedah induktif memperlihatkan pencapaian yang lebih baik daripada kumpulan yang diajar melalui kaedah deduktif. Keputusan ini menunjukkan dari segi kemajuan tingkat pencapaian menguasai kata Penemuan kajian ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran yang sesuai merupakan satu faktor yang penting yang perlu diberi perhatian yang wajar aleh guru-guru bahasa di sekalah iaitu di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru bahasa perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian pelajar yang diajarnya supaya peiajar mendapat sesuatu yang bererti daripada pengajaran tersebut.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_29_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Malay language - Study and teaching - Grammar
Call Number: FPP 1998 29
Chairman Supervisor: Dr. Abdul Patah Abdul Malek
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 30 Dec 2010 18:39
Last Modified: 26 Jul 2011 12:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9014
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item