Citation
Salleh, Sarimah
(1998)
Satu Perbandingan Kesan di Antara Dua Kaedah Pengajaran Kata Kerja Bahasa Melayu Terhadap Pelajar-Pelajar Tingkatan Dua.
[Project Paper Report]
Abstract
Salah satu aspek yang menjadi masalah yang besar di kalangan
pelajar ialah aspek tatabahasa. Aspek tersebut merupakan satu
daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh
seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang
dipelajarinya dengan cekap dan berkesan.
Masalah penguasaan tatabahasa di kalangan pelajar berkait
rapat dengan perkaedahan mengajar tatabahasa itu sendiri. Kaedah
mengajar tatabahasa yang berkesan perlulah digunakan kerana
perkaedahan merupakan salah satu faktor yang mungkin memberi
pengaruh kepada kecekapan dan kebolehan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran bahasa di sekolah.
Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti
perkaedahan manakah yang lebih sesuai untuk mengajar kata kerja
Bahasa Melayu (BM) di peringkat menengah rendah.
Subjek kajian terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan dua di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Sukit, Kajang, Selangor Darul
Ehsan.
Dua kaedah pengajoran yang dipilih ialah kaedah induktif dan
kaedah deduktif. Data dikumpul melalui dua cara iaitu Ujian
Pencapaian Kata Kerja BM dan soal selidik. Ujian pencapaian dibuat
untuk melihat perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas
pengajaran. Borang soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat
tentang latar belakang pelajar, sikap dan minat terhadap pelajaran
Data dianalisis dengan menggunakan ujian untuk melihat
perubahan pencapaian, sikap dan minot terhadap pelajaran sebelum dan selepas pengajaran.
Keputusan kajian menunjukkan kumpulan pelajar yang diajar
dengan kaedah induktif memperlihatkan pencapaian yang lebih baik
daripada kumpulan yang diajar melalui kaedah deduktif. Keputusan ini menunjukkan dari segi kemajuan tingkat pencapaian menguasai kata
Penemuan kajian ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran
yang sesuai merupakan satu faktor yang penting yang perlu diberi
perhatian yang wajar aleh guru-guru bahasa di sekalah iaitu di dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru bahasa perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian pelajar
yang diajarnya supaya peiajar mendapat sesuatu yang bererti
daripada pengajaran tersebut.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |