Citation
Lin, Chia Ying
(1998)
Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sek. Ren. Keb. Cina.
[Project Paper Report]
Abstract
Objektif kajian adalah untuk meninjau persepsi guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Persepsi guru dikaji dari aspek kesediaan, pengalaman dan penglibatan dalam menggunakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran serta kesesuaian mengguna komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada seratus dua puluh lima guru sesi pagi dari lima buah Sekolah Rendah Kebangsaan Cina. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang dibina khusus bagi tujuan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan taburan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan mod. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu dicadangkan supaya pihak kementerian Pendidikan lebih proaktif dalam mendedahkan guru-guru yang sedang berkhidmat dangan latihan berasaskan komputer untuk menangani cabaran era siber pendidikan di sekolah bistari nanti.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Computer managed instruction |
Subject: |
Education - Malaysia - Data processing |
Subject: |
Teaching - Computer network resources |
Call Number: |
FPP 1998 28 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Zakaia Kasa, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
30 Dec 2010 10:44 |
Last Modified: |
27 May 2013 07:40 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9013 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |