UPM Institutional Repository

Penggunaan Media Bercetak oleh Guru Pelatih di Pusat Sumber Maktab Perguruan


Citation

Tan, Teck Seng (1998) Penggunaan Media Bercetak oleh Guru Pelatih di Pusat Sumber Maktab Perguruan. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan media bercetak oleh guru pelatih di pusat sumber Maktab Perguruan Teknik. Kajian dijalankan ke atas 194 sampel orang guru pelatih semester satu, dua dan tiga daripada 11 opsyen yang berlainan. Hasil kajian menunjukkan penggunaan yang agak memuaskan untuk surat khabar, majalah dan media yang berkaitan dengan bahasa. Penggunaan media bercetak yang lain adalah kurang memuaskan. Media bercetak Bahasa Malaysia paling kerap digunakan oleh guru pelatih manakala media bercetak Bahasa Inggeris adalah di bawah tahap memuaskan. Dari segi tujuan penggunaan media bercetak, ramai guru pelatih menggunakan media bercetak untuk membuat kerja-kerja kursus dan sebagai rujukan untuk menghadapi peperiksaan. Masalah utama yang dihadapi oleh responden ialah kekurangan buku yang berkaitan dengan sukatan pelajaran kursus opsyen dan bilangan buku tanda merah yang terhad. Di samping itu responden juga menghadapi masalah media yang lama dan tidak tersusun. Bahan daIam Bahasa Inggeris dan tempat membaca yang kurang selesa juga merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh guru pelatih. Cadangan juga dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu untuk menggalakkan penggunaan media bercetak di kalangan guru pelatih di samping mengatasi masalah yang telah dikenal pasti.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_21_A.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Teachers - Training of - Malaysia
Subject: Teaching - Aids and devices - Malaysia
Call Number: FPP 1998 21
Chairman Supervisor: Associate Professor Zakaria Kasa, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Dec 2010 08:58
Last Modified: 26 Jul 2011 02:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9005
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item