UPM Institutional Repository

Perkaitan antara faktor peranan media dan penonjolan berita dengan partisipasi politik pengundi dalam PRU14


Citation

Hamedan, Nurul Naemah (2020) Perkaitan antara faktor peranan media dan penonjolan berita dengan partisipasi politik pengundi dalam PRU14. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Media baharu sekali lagi dilihat memainkan peranan penting dalam menetapkan dan membentuk partisipasi politik pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Hal ini demikian kerana wujudnya penonjolan berita mengenai politik, ekonomi dan sosial di laman media sosial yang telah mencipta ruang untuk mereka mengakses maklumat, berinteraksi serta berkongsi pelbagai maklumat. Kaedah penonjolan berita di laman media sosial seperti pemilihan tajuk berita yang catchy dilihat menarik perhatian pengundi dan memberi impak terhadap pola pengundian. Lantaran itu, ledakan maklumat yang mendominasi laman media sosial dilihat telah mengganggu pembentukan budaya politik konservatif. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk menentukan perkaitan antara faktor peranan media dan penonjolan berita dengan partisipasi politik pengundi dalam PRU14. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan media kepada pengundi, mengkaji jenis-jenis penonjolan berita yang menjadi pilihan pengundi, mengenal pasti hubungan antara faktor peranan media dengan partisipasi politik pengundi dan mengkaji hubungan antara faktor penonjolan berita dengan partisipasi politik pengundi dalam konteks PRU14. Selain itu, penyelidikan ini dibina dengan berpandukan kepada Teori Sistem Kebergantungan Media yang dipelopori oleh Ball-Rokeach dan DeFleur (1976). Penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan mengedarkan borang soal selidik. Dengan mengaplikasikan kaedah persampelan bertujuan, seramai 400 orang responden telah dipilih dengan mengambil kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian kes. Seterusnya, data yang dikumpulkan menerusi edaran borang soal selidik dianalisa dengan menggunakan pakej Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Penganalisan data ini melibatkan analisis statistik deskriptif untuk mengukur nilai min dan sisihan piawai. Manakala analisis statistik inferensi diaplikasikan untuk menguji hubungan antara faktor peranan media dan penonjolan berita dengan partisipasi politik pengundi dalam PRU14. Hasilnya, ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara faktor peranan media iaitu menyalurkan maklumat, menyediakan ruang perbincangan dalam talian, mewakili sosial dan mendidik masyarakat dengan partisipasi politik pengundi PRU14. Terdapat juga hubungan positif antara faktor penonjolan berita politik, ekonomi dan sosial dengan partisipasi politik pengundi PRU14. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor peranan media dan penonjolan berita dengan partisipasi politik pengundi PRU14. Konklusinya, senario ini menunjukkan bahawa media sosial telah mengubah landskap politik negara ini dengan mencetuskan pendemokrasian maklumat secara dalam talian. Justeru, pihak kerajaan perlu melakukan pemantauan terhadap kredibiliti maklumat dan sumber berita agar maklumat yang dikongsikan bebas daripada unsur hasutan yang boleh mengancam perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Akhir sekali, diharapkan agar penyelidikan seumpama ini akan diteruskan agar dapat melihat trend partisipasi politik pengundi dalam konteks pilihan raya di Malaysia.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 49 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Elections - Malaysia
Subject: Mass media - Malaysia
Subject: Malaysia - Politics and government
Call Number: FBMK 2020 49
Chairman Supervisor: Syed Agil bin Shekh Alsagoff, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Maklumat; Politik; Media; Berita; Partisipasi.
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 22 Jun 2021 03:12
Last Modified: 03 Dec 2021 08:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/89970
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item