UPM Institutional Repository

Ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu


Citation

Yop Othman, Zul Hanis (2020) Ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu serta merumuskan unsur ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu sebagai cerminan identiti dan jati diri. Teori Relevan dipilih yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) yang berasaskan kepada tiga gagasan iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses atau kos proses. Ketaksaan yang terlibat ialah daripada sudut kata, frasa dan ayat. Masyarakat Terengganu terdiri daripada golongan peniaga di Terengganu. 18 orang sampel dipilih secara rawak. Pengkaji menggunakan kaedah lapangan iaitu pemerhatian dan temu bual dan menggunakan pendekatan kualitatif (huraian deskriptif) sebagai penganalisisan data. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat peniaga Terengganu sangat gemar dan suka menggunakan unsur ketaksaan dalam perbualan mereka secara semula jadi. Dibuktikan dalam temuan data empiris iaitu terdapat unsur ketaksaan dalam bentuk kata. Kekaburan penggunaan ganti nama ‘dia’ bagi benda-benda tidak bernyawa dan ‘kita’ berfungsi mufrad telah dapat diselesaikan dengan pendekatan Teori Relevans. Contohnya, kekaburan ganti nama ‘kita’ dapat diselesaikan berdasarkan ujaran dan konteks ujaran itu sendiri. Maklumat tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kekaburan ganti nama kita tersedia dalam ujaran itu sendiri. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan dan menambah bahan rujukan kepada para ilmuwan mengenai bidang kajian ketaksaan khususnya dalam perbualan masyarakat.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 47 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Lexical phonology - Malaysia
Subject: Grammar, Comparative and general - Phonology
Subject: Malay language - Lexicology
Call Number: FBMK 2020 47
Chairman Supervisor: Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Ketaksaan Leksikal, Masyarakat Peniaga Terengganu,Teori Relevans, Konteks
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 20 Aug 2021 01:11
Last Modified: 20 Aug 2021 01:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/89967
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item